Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarang, suami hadiah $500,000 kepada NTU

NTU
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



PENGARANG bahasa Cina terkenal Tham Yew Chin dan suami beliau, Encik James Lim, telah menghadiahkan $500,000 kepada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bagi memupuk pelajar generasi masa depan dalam pengajian Cina.



Lebih dikenali dengan nama penanya You Jin, Cik Tham juga akan menyumbangkan 206 bukunya kepada Perpustakaan Cina NTU.



Dengan sumbangan padanan pemerintah, jumlah keseluruhan yang dihadiahkan ialah $1.25 juta.



Dana Wakaf Pendidikan You Jin akan membiayai dua anugerah, sebuah biasiswa, dan dua anugerah di bawah sebuah dermasiswa setiap tahun akademik. Ia juga akan menyokong penciptaan sebuah penerbitan penulisan kreatif yang dikendalikan oleh fakulti dan pelajar NTU.



Majlis menandatangani hadiah dan sumbangan buku itu diadakan Jumaat lalu dengan disaksikan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan).



Cik Tham lulusan daripada Universiti Nanyang pada 1973 sebagai pelajar terbaik dalam kohortnya, dengan kepujian kelas pertama dalam bahasa dan sastera Cina. Beliau berharap pemberiannya itu dapat memainkan "peranan kecil" dalam menarik golongan muda ke jabatan itu dalam mengejar pengajian Cina.



"Ramai pelajar Singapura berasa bahasa Cina membosankan dan sukar dipelajari. Ini adalah satu salah faham yang timbul daripada kurangnya hubungan mendalam dengan bahasa itu. Bahasa Cina adalah bahasa yang indah dan mendalam, dan kepentingannya akan meningkat dari hari ke hari," katanya.



Naib presiden (kemajuan universiti) NTU, Cik Lien Siaou-Sze, berkata sumbangan mereka akan membantu memberi inspirasi kepada pelajar generasi masa depan untuk mengejar kecemerlangan akademik dan merangsang minat dalam mata pelajaran Cina dan kemanusiaan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >