Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pengasas blog kewangan raih anugerah usahawan SUSS

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



SEJAK kecil lagi, Encik Muhammad Firdaus Syazwani Supa'at berkata beliau sudah pun mempunyai minat untuk menjadi seorang usahawan.



Ketika Encik Firdaus membesar, ramai dalam keluarganya sering memanggilnya dengan nama timangan 'little business man' atau peniaga kecil kerana beliau sering berkongsi idea perniagaan yang berbeza.



Di peringkat sekolah rendah, beliau pernah menjual barang-barangan kecil seperti manik 'water-baby' kepada rakan-rakannya.



Ingin menceburi minat tersebut sebagai seorang dewasa, Encik Firdaus, 26 tahun, telah memohon program pemasaran di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk meningkatkan kemahirannya dan mencapai matlamatnya menjadi seorang usahawan.



Menceritakan perjalanannya sehingga kini, Encik Firdaus menjelaskan bahawa beliau telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perjalanannya.



Antaranya termasuk membuat dua permohonan ke SUSS.



Disebabkan beliau mempunyai latar belakang dalam sumber manusia (HR) dan keputusan GPA yang kurang memuaskan, beliau tidak dapat memasuki sekolah yang diinginkannya.



"Saya hampir berputus asa. Saya sudah bersedia untuk mencari pekerjaan sepenuh masa sekiranya tidak mendapat tempat di universiti kali itu," katanya.



Pertama kali Encik Firdaus melakukan pemohonan adalah pada 2017.



Apabila melakukan pemohonannya untuk kali kedua pada 2018, anak muda itu tidak dapat lupa perasaan ghairah yang lahir apabila mendapat e-mel yang mengatakan beliau diberikan temu duga untuk memasuki kursus itu.



"Apabila saya melihat e-mel itu saya terus bertanya Encik (ketika menjalani Perkhidmatan Negara) jika saya dapat mengambil cuti supaya dapat sediakan diri untuk temu duga itu," ceritanya sambil ketawa.



Setelah berjaya mendapat tempat di sekolah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan dengan cabaran yang lain.



Selain daripada menghadiri kelas, Encik Firdaus terpaksa mencari pekerjaan untuk membiayai yuran sekolah dan juga perbelanjaan harian.



"Saya bukan berasal daripada keluarga yang sederhana jadi harus bekerja untuk membiayai perbelanjaan saya.



"Mengimbangi kelas, bekerja dan peperiksaan, saya sering terpaksa membahagikan masa untuk memastikan dapat melakukannya semua," kata beliau yang bekerja sebagai pembantu pemasaran digital dan juga pekerja bebas mengendali pengoptimuman enjin carian (SEO) untuk sebuah syarikat.



"Kadangkala, sehingga dalam tandas juga saya mendengarkan podcast untuk melihat bagaimana saya dapat memperbaiki perniagaan kecil saya," ketawa Encik Firdaus yang merupakan pengasas blog kewangan, Dollar Bureau.



Meskipun menghadapi pelbagai cabaran, Encik Firdaus berkata ia telah memberinya peluang untuk belajar tentang industri itu dan meningkatkan pembangunan dirinya.



Apabila beliau memulakan blog tersebut pada November 2019, Encik Firdaus tidak dapat menarik perhatian orang ramai. Namun, kini beliau mempunyai seramai 20,000 pembaca baru setiap bulan.



"Saya perlu mengetahui perkara yang orang minati dan bagaimana saya boleh berhubung dengan pembaca saya.



"Dengan pemahaman yang lebih baik tentang pasaran, saya kini dapat menyediakan kandungan yang lebih baik melalui blog saya," ujarnya yang merupakan pemenang Anugerah Keusahawanan Alumni SUSS (EMP) semester ini.



Anugerah ini diberikan kepada pelajar tahun terakhir yang mempunyai idea atau sudah memulakan perjalanan usahawan mereka.



Ditanya rancangannya setelah tamat pengajian, Encik Firdaus merancang untuk menjadi nomad digital untuk melancong dan berpindah ke luar negara selama beberapa tahun sambil menguruskan blognya dari jauh.




"Saya perlu mengetahui perkara yang orang minati dan bagaimana saya boleh berhubung dengan pembaca saya.



Dengan pemahaman yang lebih baik tentang pasaran, saya kini dapat menyediakan kandungan yang lebih baik melalui blog saya."



- Encik Muhammad Firdaus Syazwani Supa'at, pemenang Anugerah Keusahawanan Alumni SUSS (EMP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >