Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengecualian bayaran LPA dilanjutkan hingga Mac 2021

May 31, 2020 | 11:29 AM



PENGECUALIAN bayaran bagi warga Singapura yang memohon bagi Surat Kuasa Berkekalan (LPA) akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021.



Mengumumkan demikian menerusi Facebook beliau pagi tadi (31 Mei), Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata langkah itu diharap dapat memberi warga Singapura, khususnya golongan warga emas, lebih masa untuk memohon bagi LPA itu.



Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang LPA boleh mengunjungi laman web www.msf.gov.sg/OPG.



Dr Faishal berkata:



"Sesetengah anda mungkin bimbang dan ingin memohon bagi LPA itu sebelum pengecualian bayaran (permohonannya) bagi warga Singapura berakhir pada 31 Ogos 2020.



"Namun, adalah penting setiap orang, khususnya warga emas, terus duduk di rumah seberapa banyak boleh dan meninggalkan rumah mereka hanya bagi kegiatan penting, sedang negara ini melonggarkan sekatan secara bertahap selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan berakhir esok."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >