Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengendali ambulans privet mesti berlesen mulai 3 Jan

Jan 3, 2022 | 9:04 PM
Penyedia EAS dan MTS berlesen mesti memastikan bahawa mereka mewujudkan rangka kerja klinikal yang betul dan tadbir urus jaminan mutu. - Foto ISTOCKPHOTO
Penyedia EAS dan MTS berlesen mesti memastikan bahawa mereka mewujudkan rangka kerja klinikal yang betul dan tadbir urus jaminan mutu. - Foto ISTOCKPHOTO -

SEMUA pengendali ambulans privet akan dikawal selia sebagai Khidmat Ambulans Kecemasan (EAS) atau Khidmat Pengangkutan Perubatan (MTS) dan mesti berlesen di bawah Akta Khidmat Penjagaan Kesihatan (HCSA) berkuat kuasa Isnin (3 Jan).

Bermula hari ini juga, menyediakan EAS dan MTS tanpa lesen sah di bawah HCSA adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pesakit yang menggunakan khidmat ambulans-ambulans ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.

Penyedia EAS dan MTS berlesen mesti memastikan bahawa mereka mewujudkan rangka kerja klinikal yang betul dan tadbir urus jaminan mutu.

Ini termasuk pengawasan yang sewajarnya oleh Pegawai Tadbir Urus Klinikal yang ditetapkan, penyediaan anggota kru perkhidmatan dengan latihan, kemahiran dan kecekapan yang betul serta memastikan kenderaan dilengkapi dengan ubat-ubatan dan peralatan yang diperlukan, yang berfungsi dan belum luput.

MOH juga akan menjalankan audit rambang dan semakan pematuhan ke atas penyedia ambulans privet bagi memastikan semua keperluan terus dipenuhi.

Mereka yang didapati mengendali EAS atau MTS tanpa lesen sah boleh didenda tidak melebihi $100,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai boleh mendapatkan senarai penyedia EAS atau MTS berlesen di HealthHub (https://www.healthhub.sg/ directory).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg