Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna Instagram minta maaf fitnah pengasas pergerakan FitFab Haslinda Ali

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



AKIBAT mengeluarkan pos di media sosial menghina produk bengkung kesihatan yang dijual pengasas pergerakan FitFabSG bagi Muslimah, Cik Haslinda Ali, seorang lelaki dikenakan surat tuntutan guaman hingga menyebabkan beliau meminta maaf secara terbuka.



Bengkung itu produk daripada koleksi terhad yang dikeluarkan FitFab dengan kerjasama Sugar Shapewear Singapura, sebuah syarikat pakaian dalaman.



Lelaki dikenali sebagai Encik Harris Ismail, atau nama @caffeineforstrength dalam laman Instagram, itu difahamkan membuat beberapa pos di Instagram stories berkaitan produk itu dan memfitnah Cik Haslinda akhir tahun lalu.



Beliau, yang difahamkan adalah seorang jurulatih jasmani, dikenakan surat tuntutan daripada peguam Cik Haslinda, 49 tahun, kelmarin.



Surat guaman itu menuntut ditarik balik daripada media sosial kenyataan menuduh Cik Haslinda dan Sugar Shapewear Singapura memasarkan produk itu secara tidak baik serta fitnah terhadap Cik Haslinda dan perniagaannya.



Apabila dihubungi Berita Harian semalam, Cik Haslinda berkata beliau berasa adalah penting beliau menangani isu tersebut bagi menjaga nama baik perniagaan dan diri beliau.



"Niat saya mengeluarkan produk ini ialah menarik perhatian wanita dalam masyarakat kita agar terus bersenam dan menjalani gaya hidup sihat.



"Produk waist trainer ini bukan sesuatu baru dalam pasaran. Ramai wanita menggunakannya sejak dulu.



"Kami tidak pernah memasarkannya sebagai produk yang akan menurunkan berat badan tanpa senaman. Namun, ia membantu membentuk badan seseorang," ujar Cik Haslinda.



Dalam satu pos di Instagram kelmarin, Encik Harris berkata pos yang dimuat naiknya sebelum itu adalah di luar konteks dan dengan/atau sengaja untuk memberi gambaran negatif terhadap FitFab dan Cik Haslinda untuk keuntungannya.



"Saya sekarang menyedari saya secara umum telah menghina dan merosakkan reputasi mereka. Saya mengakui bahawa saya salah.



"Saya mengakui tiada asas bagi saya menghina mereka secara terbuka di media sosial dan ingin dengan tulus meminta maaf serta menarik balik apa yang telah saya nyatakan," kata beliau, yang pernah pekerja sebagai pelatih bebas dibawah FitFabSG.



Encik Harris enggan komen apabila dihubungi Berita Harian semalam untuk mengulas.



Cik Haslinda berkata memandangkan dunia digital lebih mudah diakses bagi memberi pandangan, orang ramai harus lebih berhati-hati.



"Ini satu pengajaran bukan bagi saya sahaja, malah semua orang agar berjaga-jaga dengan apa yang ingin kita muat naik ke media sosial. Sekarang, ramai orang boleh mengambil tangkap skrin dengan cepat dan menularkannya.



"Kemudian, anda perlu menghadapi akibatnya," ujarnya, sambil menambah bahawa beliau dalam proses mendapatkan nasihat guaman mengenai individu lain "kerana fitnah dan pembulian siber".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >