SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pengiring trafik polis tentera diiktiraf NSF terbaik

Pengiring trafik polis tentera diiktiraf NSF terbaik

Jalankan tugas dampingi aset tentera dari satu kem atau tapak latihan ke yang lain di jalan awam dengan profesional
Apr 9, 2022 | 7:21 AM

Pengiring trafik polis tentera diiktiraf NSF terbaik

PERLU BELAJAR NAIK MOTOSIKAL: Mengenai latihan menjadi pengiring trafik polis tentera, Encik Ummar berkata ia sebenarnya sukar kerana beliau sebelum ini belum pernah belajar cara menunggang motosikal dan sukar mengawal motosikal yang lebih besar. - Foto MINDEF
PERLU BELAJAR NAIK MOTOSIKAL: Mengenai latihan menjadi pengiring trafik polis tentera, Encik Ummar berkata ia sebenarnya sukar kerana beliau sebelum ini belum pernah belajar cara menunggang motosikal dan sukar mengawal motosikal yang lebih besar. - Foto MINDEF -

SEMASA mempelajari tentang tonggak Pertahanan Mutlak di sekolah, Encik Ummar Adib Ibrahim Al-Johar tergerak memainkan peranannya untuk mempertahankan Singapura.

Justeru, apabila beliau diberi peluang berkhidmat sebagai pengiring trafik polis tentera semasa Perkhidmatan Negara (NS), beliau bertekad melakukan yang terbaik.

Koperal (NS) Ummar adalah sebahagian daripada pasukan yang mendampingi aset tentera dari satu kem atau tapak latihan ke yang lain di jalan awam.

Disebabkan tekad usaha serta profesionalismenya dalam tugasnya, anak muda berusia 23 tahun itu yang menamatkan perkhidmatan negaranya pada 2020 telah diiktiraf NSF Terbaik 2021 baru-baru ini.

Beliau salah seorang daripada 20 anggota tentera yang menerima anugerah itu.

Anugerah tersebut mengiktirafkan NSF cemerlang serta mereka yang berusaha melakukan lebih daripada tugas mereka sepanjang dalam perkhidmatan negara sepenuh masa (NS) mereka.

Membesar dengan bapa yang berkhidmat sebagai polis, Encik Ummar berkata idea berkhidmat untuk negara bukan sesuatu yang baru.

"Di sekolah sudah tentu setiap tahun mereka akan kongsi bersama saya dan rakan-rakan saya tentang tonggak pertahanan yang berlainan.

"Tetapi di rumah pula, bapa saya sering akan mengingatkan lagi tentang tonggak-tonggak tersebut.

"Pada masa yang sama beliau sering menasihat saya dan adik-adik saya agar mematuhi undang-undang serta bagaimana kita dapat menjaga kedamaian di sini," kata anak sulung daripada tiga orang beradik itu.

Mengulas dengan lebih lanjut tentang latihannya untuk menjadi pengiring trafik polis tentera, Encik Ummar berkata ia sebenarnya sukar kerana beliau sebelum ini belum pernah belajar cara menunggang motosikal.

"Selalunya, tahap pertama untuk mempelajari menunggang motosikal adalah untuk mula dengan Kelas 2B tetapi sebagai pengiring trafik polis tentera kita harus melakukan satu lagi kelas tambahan iaitu Kelas 2.

"Bukan sahaja ia sukar untuk mengawal motor yang lebih besar tetapi, kita juga harus mempunyai kemahiran 'Road Sense' untuk memantau keadaan di jalan raya apabila kami melakukan tugas.

"Kadangkala agak tertekan juga kerana saya rasa apa yang saya sepatutnya dapat lakukan, saya tidak dapat melakukannya dengan mudah," kata beliau yang juga diberi tanggungjawab pentadbiran tambahan sebagai 'Mileage IC' untuk unitnya.

Namun begitu, Encik Ummar berkata beliau terus bertabah dan tidak pernah putus asa.

Kata pelajar tahun kedua di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam bidang perbankan dan kewangan itu, sokongan dan dorongan keluarganya serta rakan-rakannya terus memberinya semangat untuk menunjukkan prestasi yang terbaik.

Menekankan kepentingan pertahanan mutlak di Singapura sebagai negara yang kecil, Encik Ummar berkata ia adalah sesuatu yang kita tidak boleh mengambil mudah.

"Semasa senang, ini bukan masanya kita leka.

"Apabila kita melihat negara lain di seluruh dunia yang mengalami krisis, kita faham bahawa keamanan tidak diberikan.

"Terdapat banyak perkara yang harus dilakukan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan di negara ini," katanya.

Walaupun terdapat ramai yang mungkin tidak menerima peluang untuk berkhidmat untuk negara, Encik Ummar berkata mereka masih dapat memainkan peranan mereka dalam masyarakat.

"Antara perkara yang kita dapat lakukan adalah untuk menyokong keluarga atau rakan kita yang bekerja di barisan hadapan.

"Dari segi peribadi pula kita boleh berusaha untuk mengekalkan keharmonian kaum dalam kalangan masyarkat," ujarnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg