Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengisytiharan tidak tepat, salah punca SkillsFuture terlebih bayar $4.22j

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



KEBANYAKAN kesilapan yang menyebabkan SkillsFuture Singapura (SSG) terlebih bayar kira-kira $4.22 juta berlaku sebelum November 2020, ketika sistem IT SSG bagi pentadbiran geran masih menggunakan pendekatan berasaskan pengisytiharan, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.



Laporan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) yang dikeluarkan bulan lalu mendedahkan SSG terlebih bayar jumlah itu kepada pemohon geran dan penyedia latihan.



Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen di Parlimen semalam, Cik Gan berkata sebab utama kesilapan itu ialah pengisytiharan tidak tepat atau salah oleh pemohon geran dan penyedia latihan yang tidak dikesan semasa pemeriksaan agensi tersebut.



Selain sistem IT, kesilapan berlaku semasa langkah memproses geran secara manual, termasuk kesilapan manusia oleh penyedia khidmat yang mendapat kontrak oleh SSG untuk menjalankan fungsi pentadbiran geran.



Beliau menambah bahawa SSG telah menghubungi semua penyedia latihan, syarikat dan individu terjejas untuk mendapatkan semula jumlah yang terlebih bayar itu.



Cik Gan berkata mereka akan diberi masa untuk memeriksa rekod masing-masing dan memulangkan jumlah yang disahkan terlebih bayar kepada mereka.



Untuk mengurangkan kebergantungan pada pengisytiharan dan langkah memproses secara manual, Cik Gan berkata SSG menggunakan sistem IT baru sejak November 2020 yang menggunakan data pentadbiran dalam pangkalan data pemerintah untuk menentukan dan mengesahkan kelayakan pemohon geran.



SSG juga sedang memperkemas peraturan perniagaannya untuk mengurangkan kebergantungan pada maklumat yang diisytihar dan pengesahan secara manual.



"Dalam situasi keadaan ini tidak dapat dielak, SSG akan memperketat auditnya terhadap bayaran yang diagih serta tugas yang dijalankan penyedia khidmat," ujar Cik Gan.



Ditanya Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) apakah pemerintah sedang mempertimbang sebarang tindakan terhadap penyedia khidmat bagi kesilapan mereka, Cik Gan berkata:



"Terdapat syarat dalam kontrak dan penunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dipenuhi penyedia khidmat ini, dan SSG akan mengkajinya."



Namun, tambahnya, punca utama bagi kesilapan yang berlaku dikenal pasti sebagai jumlah pemprosesan manual yang banyak, yang menjadikannya sukar bagi semua pengesahan dijalankan sepenuhnya.



Cik Lim juga bertanya berapa jumlah yang telah ditipu atau dibayar lebih sejak inisiatif SkillsFuture dimulakan.



Cik Gan berkata jumlah $4.22 juta yang AGO menarik perhatian dalam laporannya itu belum pasti ditentukan sebagai penipuan, memandangkan terdapat proses pengesahan panjang dengan pihak terlibat.



Berhubung pengembalian jumlah yang terlebih bayar itu, Cik Gan berkata SSG memerlukan sedikit masa untuk mengesahkan dan mengambil tindakan susulan dengan syarikat dan individu terjejas.



AGO turut mendapati SSG tidak mengambil langkah mencukupi untuk menguatkuasakan kutipan dana Levi Pembangunan Kemahiran (SDL) dari 2015 hingga 2020, mengakibatkan anggaran $43 juta terhutang kepada agensi itu pada April tahun ini.



SDL ialah levi yang wajib dibayar syarikat bagi semua pekerja mereka yang bekerja di Singapura.



Cik Gan berkata SSG akan memberi majikan terjejas masa untuk mengesahkan jumlah yang terhutang kepada SSG, dan agensi itu telah mula menghubungi majikan terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >