Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung dapat tip agar kesihatan lebih OK

Nov 06, 2017 | 05:30 AM



JIKA hujung minggu biasa orang ramai akan 'tawar-menawar' harga barangan yang dijual di pusat beli-belah Joo Chiat Complex, semalam isu berkaitan kesihatan diajukan para pengunjung yang menghadiri siri ceramah kesihatan Awak OK? anjuran bersama Berita Harian (BH) dan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).



Lebih 200 pengunjung telah menghadiri ceramah tersebut yang berlangsung dari 1.30 hingga 4.30 petang.



Ia antara empat kegiatan yang akan diadakan di serata Singapura sebagai usaha menggalak gaya hidup sihat serta mencegah kencing manis.



Ceramah pertama itu dijayakan oleh tiga penceramah - Dr Sueziani Zainudin, konsultan di Jabatan Endokrinologi, Sengkang Health; Cik Juriah Yatim, 53 tahun, duta kesihatan HPB; dan Cik Salina Jailani, 51 tahun, pesakit kencing manis yang telah dapat mengawal penyakitnya.



Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang hadir selaku tetamu terhormat dalam ucapannya berkata isu kencing manis membelenggu masyarakat Melayu - 50 peratus daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas terjejas - dan berlaku atas beberapa sebab.



Yang pertama, beliau berkata semakin meningkatnya automasi, maka pekerja kini semakin kurang menggunakan tenaga empat kerat.



"Sekarang juga, susah kita ada masa untuk bersenam, tidak seperti zaman muda di mana kita lebih aktif dalam aktiviti sukan.



"Kedua, budaya pemakanan kita juga sudah berubah.



"Hidangan yang diamalkan oleh nenek moyang kita seperti urap, lauk bayam bening dan lauk-pauk kuah sup, tidak lagi digemari. Diet yang berlemak dan tinggi kolesterol sudah menjadi hidangan harian kita.



"Kalau dahulu rendang hanya makanan istimewa pada satu-satu majlis tapi kini saban minggu kita diundang atau dijamu nasi beriani. Di lain hari pula nasi padang," katanya.



Encik Amrin melahirkan rasa gembiranya melihat lebih ramai anggota masyarakat mengambil berat tentang kesihatan dengan mengambil bahagian dalam program- program gaya hidup sihat seperti kebayarobics, inisiatif untuk para jemaah yang akan menunaikan umrah supaya membina kesihatan tubuh dan kelas memasak hidangan.



Namun menyentuh tentang ubatan-ubatan organik dan suplemen yang dianggap baik untuk kesihatan, beliau mengingatkan masyarakat agar mendapatkan nasihat doktor dan mengambil tahu fakta di sebalik pemakanan tersebut kerana makanan tambahan yang berkesan kepada seorang pesakit tidak semestinya sesuai untuk pesakit lain, bahkan boleh menimbulkan mudarat jika menjejas bahagian organ lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >