Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pengurus besar firma subkontraktor didenda $50,000 kerana beri rasuah

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pengurus besar firma subkontraktor dalam projek perumahan Bina Ikut Tempahan (BTO) telah memberi pinjaman $24,000 kepada seorang kontraktor kerana dia enggan hubungan mereka terjejas.



Lu Zhibo, 39 tahun, yang memegang jawatan tertinggi di cawangan Singapura Nanjing Construction Engineering (NMCE) didenda $50,000 semalam.



Lu yang merupakan warga China mengaku bersalah di atas tiga tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan satu kesalahan menghasut pekerjanya agar memalsukan butiran bayaran yang dibuat di bawah nama NMCE.



Lagi 13 tuduhan serupa dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman.



Mahkamah diberitahu pada 2016, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyerahkan tiga kontrak bagi pembinaan hampir 1,800 unit di Bidadari Estate kepada Rich Construction Company (RCC).



RCC kemudian mendapatkan khidmat NMCE sebagai subkontraktor bagi menyiapkan kerja konkrit untuk projek ini. Kontrak ini bernilai lebih $4.79 juta.



Sekitar April 2018, Wong Wei Chern, pengurus projek di RCC memberitahu Lu dia mempunyai masalah kewangan dan meminta pinjaman $10,000.



Wong, warga Malaysia berusia 39 tahun, juga menipu kepada Lu tentang bayaran $10,000 yang perlu dibuat bagi pihak NMCE kepada firma seni bina bagi kesilapan yang dibuat pekerjanya.



Walaupun dia mempercayai bahawa Wong memberi alasan untuk meminjam wang, Lu bersetuju dan memindahkan $5,000 daripada akaun NMCE.



Ini adalah untuk memujuk Wong agar tidak menimbulkan kesukaran bagi NMCE berkaitan dengan urusan kerja, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Bryan Wong.



Pada Ogos tahun itu, Wong menipu Lu lagi tentang hukuman yang dia bayar untuk NMCE dan meminta wang itu dipulangkan.



Lu meminjamkannya lagi $2,000 daripada akaun syarikatnya.



Pada Disember 2018, Wong memberitahu Lu bahawa pihak atasannya mengarahnya untuk memotong $50,000 daripada bayaran NMCE kerana kesilapan pekerja telah menyebabkan RCC meraih mata 'demerit' daripada HDB.



Mahkamah diberitahu sebenarnya tiada arahan sedemikian diberikan.



Secara keseluruhannya, Lu menyerahkan Wong pinjaman $24,000 antara November 2016 dengan Ogos 2019.



Bagi menutupi perbuatannya, Lu telah mengarah pekerja pentadbiran untuk menjelaskan bayaran tersebut sebagai perbelanjaan hiburan dan bukannya pinjaman.



Kes Wong menanti masa dibicarakan. Meminta denda sekurang-kurangnya $55,000, pihak pendakwa berkata Lu menyumbang pada risiko serius meluputkan keyakinan pada pentadbiran awam Singapura.



Lu dikatakan berada dalam kedudukan untuk berkata tidak apabila Wong meminta untuk membuat pinjaman serta mempunyai masa secukupnya untuk memberitahu HDB tentang perbuatan Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >