Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Pukul wanita terlantar, demensia: Pembantu rumah dijel 4 minggu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pukul wanita terlantar, demensia: Pembantu rumah dijel 4 minggu

Jul 26, 2022 | 08:07 PM

SEORANG pembantu rumah, yang jengkel dan letih kerana perlu menjaga seorang wanita yang mempunyai demensia dan terlantar di atas katil, menggunakan kertas tisu untuk mengelap wanita itu secara kasar.
Dia juga kemudian memukul muka wanita berusia 74 tahun itu.

Pembantu rumah itu, Siti Farihah, 41 tahun, dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada Selasa (26 Jul) selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang lemah.

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Chong Yong, menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa warga Indonesia itu bekerja dengan seorang warga Singapura berusia 43 tahun yang merupakan anak mangsa.

Wanita tua itu tinggal di Lorong Ah Soo, bersama keluarganya.

Pada 14 Februari lalu, kira-kira tengah hari, lelaki itu berada di dalam bilik tidurnya apabila mendengar ibunya menjerit memanggil isterinya.
Ketika itu hanya beliau, ibunya dan Farihah sahaja berada di rumah.

“Beliau meluru keluar dan melihat ibunya sedang duduk tegak di atas kerusi di ruang tamu dan Farihah menyuap nasi.
“(Lelaki) itu pergi untuk memeriksa mangsa dan mendapati terdapat kemerahan di sekitar pipi dan bibir kanannya,” kata DPP Chong.

Lelaki itu bertanya kepada ibunya apa yang berlaku dan ibunya berkata Farihah telah memukulnya.

Beliau mendapatkan rakaman di kamera televisyen yang diletakkan di ruang tamu dan menghubungi polis pada keesokan harinya.

Siasatan mendapati sejurus sebelum wanita tua itu memanggil isteri anaknya, tangannya telah dilap oleh Farihah dengan sehelai kertas tisu secara kasar.

Farihah kemudian melemparkan sehelai kertas tisu ke arah mangsa dan kemudian mengelap mukanya dengan kasar.

Tidak lama selepas itu, dia memukul bahagian kanan muka mangsa. 
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Besar Sengkang pada 15 Februari, dan didapati ada lebam di pipi kanannya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3