Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjara seumur hidup, sebat bagi pembunuh di tempat letak kereta Toa Payoh

Jul 4, 2019 | 1:23 PM
Allahyarhamha Atikah Dolkifli (kanan) telah dihumban keluar dari parapet di Deck 5A sebuah tempat meletak kereta di Toa Payoh Lorong 2 pada malam 31 Ogos 2015. FOTO: LIANHE WANBAO, IHSAN DOLKIFLI SHARIFF
Allahyarhamha Atikah Dolkifli (kanan) telah dihumban keluar dari parapet di Deck 5A sebuah tempat meletak kereta di Toa Payoh Lorong 2 pada malam 31 Ogos 2015. FOTO: LIANHE WANBAO, IHSAN DOLKIFLI SHARIFF -

SEORANG lelaki berusia 28 tahun yang menghumban temannya dari sebuah tempat meletak kereta selepas mereka bergaduh tentang telefon bimbit telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan hari ini, lapor The Straits Times.

Syed Maffi Hasan mengangkat pelayan separuh masa, Allahyarhamha Atika Dolkifli, 23 tahun, dan mencampaknya keluar dari parapet di Deck 5A sebuah tempat meletak kereta di Toa Payoh Lorong 2 pada malam 31 Ogos 2015.

Mei lalu, Maffi dituduh membunuh dengan niat menyebabkan kecederaan badan sehingga mengakibatkan kematian.

Semasa perbicaraan, Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Maffi dan Allahyarhamha Atika saling mengenali melalui Facebook pada 2013, dan kembali rapat pada April 2015.

Allahyarhamha telah meminjamkan Maffi, yang menganggur ketika itu, telefon bimbit pada Mei 2015 kerana dia tidak mempunyai telefon bimbitnya sendiri.

iPhone 5C yang dipinjamkan itu kemudian rosak dan Maffi menghabiskan sekitar $125 untuk membetulkannya. Namun, dia berbohong tentang jumlah tersebut dan meminta Allahyarhamha pembayaran balik $300.

Pada 31 Ogos 2015, mereka berjumpa selepas Allahyarhamha habis syifnya.

Rakaman video menunjukkan mereka memasuki tempat meletak kereta itu pada 9.50 malam dan Maffi meninggalkan tempat tersebut dengan beg tangan Allahyarhamha pada 10.30 malam.

Dia mengaku di mahkamah bahawa mereka telah bertekak mengenai kos membetulkan telefon bimbit itu di lantai tertinggi tempat meletak kereta tersebut.

Semasa perbalahan itu, dia menolak Allahyarhamha sehingga beliau terjatuh dan kepalanya terhantuk tangga.

Maffi kemudian mengheretnya, yang separuh tidak sedarkan diri ketika itu, ke bawah, mengangkatnya dan membuangnya ke luar parapet.

Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya dan meninggalkan beg tangannya dalam longkang di Toa Payoh Lorong 1.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg