Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Penonton boleh dekati, selami perarakan Chingay

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penonton boleh dekati, selami perarakan Chingay

Jan 14, 2023 | 05:30 AM

BUAT pertama kali, orang ramai boleh mendekati dan berinteraksi dengan beberapa pameran serta pemasangan yang akan diketengahkan di perarakan Chingay.

Dari 5 Februari hingga 9 Februari ini, Chingay 2023 Taster Experience akan menampilkan pameran unik, lawatan di belakang tabir, persembahan cahaya serta persembahan oleh kumpulan asing.

Pengunjung boleh menyertai kegiatan seperti sukan bandar, bengkel seni dan tarian yang dijalankan oleh artis tempatan.

Mereka juga boleh melihat pemasangan Rabbits Art-Venture yang dibikin lebih 2,000 pelajar dari lapan sekolah serta institusi, dan pemasangan seni kontena terbesar Chingay yang tingginya 18meter.

Kemasukan ke pameran di Bangunan F1 Pit itu adalah percuma.

Sewaktu pranonton perarakan itu kelmarin, Cik Tan Swee Leng, naib pengerusi jawatankuasa eksekutif Chingay 2023 dan pengarah seni dan budaya di Persatuan Rakyat (PA), berkata perarakan tahun ini membolehkan interaksi yang lebih rapat antara mereka yang membuat persembahan dengan penonton.

Perarakan akan diadakan pada 3 dan 4 Februari di Bangunan F1 Pit.

Mereka yang tidak dapat hadir bagi perarakan tersebut secara fizikal boleh menontonnya menerusi webcast secara langsung, di mana kod QR akan ditunjukkan sewaktu persembahan, lapor akbar The Straits Times.

Mereka boleh mengimbas kod demikian untuk mendapat undangan bagi mendaftar untuk pengalaman serta bengkel eksklusif di Chingay 2023 Taster Experience, tambahnya.

Sementara itu, penonton yang hadir di perarakan itu akan dapat berinteraksi dengan tiga watak arnab sambil menikmati suasananya.

Persembahan itu akan menampilkan tarian singa dan penghibur lagak ngeri, antara lain. Setiap babak akan menonjolkan pelbagai aspek berbilang budaya di Singapura.

Encik Javier Ong, yang membuat koreografi segmen sukan bandar, berkata beliau mahu menunjukkan penonton apa sebenarnya itu sukan bandar.

"Perarakan tahun ini benar-benar wadah yang baik untuk kami menampilkan apa itu sukan bandar dan menunjukkan orang ramai bahawa ia bukan sesuatu yang patut dijauhi," kata Encik Ong, 27 tahun, yang telah meluncur di papan panjang sejak berusia 18 tahun.

Encik Kia Siang Wei, pengerusi jawatankuasa eksekutif Chingay 2023 dan pengarah kumpulan PA melahirkan harapan agar perarakan tahun ini menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan setelah sambutan yang dikecilkan selama dua tahun.

Tiket Chingay 2023, berharga antara $20 dengan $60, dijual di Sistic.

Pemegang Kad PAssion boleh mendapat diskaun 20 peratus. Bagi maklumat lanjut, lungsuri https://www.chingay.gov.sg atau laman Facebook dan Instagram Chingay.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3