Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Penting bagi S'pura manfaatkan kuasa penyelidikan, inovasi dan perusahaan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MAJLIS ANUGERAH BIASISWA A*STAR

Penting bagi S'pura manfaatkan kuasa penyelidikan, inovasi dan perusahaan

Aug 06, 2022 | 05:30 AM

UNTUK terus mendahului cabaran seperti gangguan teknikal dan isu alam sekitar serta merebut peluang yang datang bersamanya, Singapura mesti memanfaatkan kuasa penyelidikan, inovasi dan perusahaan.

Menganggap hal tersebut sebagai asas daya saing dan kejayaan negara, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng berkata, penting untuk memanfaatkan penyelidikan, inovasi dan perusahaan pemboleh utama bagi Singapura untuk mencipta jalan pertumbuhan baru.

"Cabaran yang kita hadapi bukan semakin mudah. Banyak masalah kekal tidak dapat diselesaikan dan telah menjadi lebih kompleks dan pelbagai bentuk," katanya.

Memberi contoh krisis tenaga dan gangguan bekalan makanan global yang berlaku baru-baru ini, Dr Tan menambah:

"Sebagai ekonomi kecil dan terbuka, Singapura terjejas oleh perkembangan-perkembangan global ini, tidak kiralah sama ada gangguan teknologi atau isu alam sekitar yang timbul.

"Untuk terus mendahului cabaran ini dan merebut peluang yang datang bersamanya, kita mesti memanfaatkan kuasa penyelidikan, inovasi dan perusahaan."

Dr Tan, yang juga Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, berkata demikian semasa memberi ucapannya sebagai tetamu terhormat di Majlis Anugerah Biasiswa Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) 2022 di The Theatre @ Mediacorp semalam.

Dalam ucapannya, beliau turut mengatakan bahawa inovasi teknologi akan menjadi pemboleh utama bagi negara-negara menangani cabaran masa depan.

"Penyelidikan, inovasi dan perusahaan adalah asas daya saing dan kejayaan Singapura. Ia merupakan pemboleh utama bagi kami untuk mencipta jalan pertumbuhan baru.

"Atas sebab inilah kami telah memberikan biasiswa A*Star sepanjang 21 tahun yang lalu," ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa tujuannya adalah untuk memupuk bakat-bakat graduan dalam negara merentas pelbagai industri dan memanfaatkan kuasa inovasi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk merealisasikan peluang dalam ekonomi global.

Dr Tan menggalakkan penerima biasiswa A*Star tahun ini untuk bukan sahaja memikirkan bagaimana kajian mereka dapat membantu Singapura dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dunia, malah melakarkan hubungan utuh dengan pemain ekosistem lain agar sama-sama membangunkan penyelesaian.

"Cabaran global tidak boleh diselesaikan seorang penyelidik atau satu organisasi sahaja.

"Ia memerlukan beberapa pihak dengan bidang kepakaran yang berbeza, merentasi pelbagai disiplin, untuk mencapai kemajuan.

"Kita perlu memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk membuat perubahan," ulas beliau.

Semasa majlis semalam, sebanyak 80 biasiswa dan fellowship A*Star telah disampaikan.

Sejak 2001, A*Star telah berjaya menghasilkan lebih 1,700 bakat PhD dan pasca-kedoktoran melalui biasiswa dan fellowship yang dianugerahkan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3