Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penuaan aktif bantu warga emas meniti usia senja dengan baik: Masagos

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT memainkan peranan penting dalam menggalak penuaan secara aktif dan membantu warga emas menjalani kehidupan yang sihat, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Pusat jagaan warga emas merupakan komponen penting dalam masyarakat dan membolehkan warga emas meniti usia senja dengan baik, kata Encik Masagos lagi.



Beliau yang juga Menteri Kedua Kesihatan berkata demikian semasa merasmikan Pusat Jagaan Rumah St. John's-St. Margaret's (SJSM), Pusat Jagaan Warga Emas St Andrew's (Dover) dan Prasekolah Little Seeds@SJSM semalam.



Sebagai contoh, Encik Masagos berkata Pusat Jagaan Warga Emas SJSM menawarkan sokongan yang lebih kuat bagi membaiki tahap kesihatan warga emas.



"Penuaan secara aktif membantu warga emas kekal aktif dan melambatkan permulaan penyakit.



"Namun begitu, sesetengah warga emas akhirnya akan menjadi lemah dan mungkin memerlukan lebih banyak sokongan.



"Walaupun warga emas ini mungkin memerlukan lebih banyak bantuan dengan kegiatan harian mereka, mereka juga ingin terus menjalani kehidupan yang aktif dan bermakna," ujarnya.



Di Pusat Jagaan Warga Emas St Andrew (Dover), warga emas berpeluang mengambil bahagian dalam kegiatan sosial dan senaman yang membantu mengekalkan kesihatan mereka.



Pusat ini juga mengintegrasikan perkhidmatan sosial dan jagaan kesihatan.



Selain meningkatkan kesihatan mental dan fizikal warga emas, pusat ini turut menyediakan perkhidmatan sosial untuk menyokong keperluan emosi warga emas.



Encik Masagos semalam menekankan betapa penting peranan anggota keluarga dan relawan dan menghulurkan bantuan.



"Seperti kita memerlukan kampung untuk membesarkan anak, kita juga perlukan sokongan masyarakat untuk menyokong warga emas kita," jelasnya lagi.



Pusat Jagaan Warga Emas St Andrew's kini bekerja sama bersama keluarga untuk menyediakan sokongan yang diperlukan untuk ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia, di rumah dan di pusat jagaan.



Pada masa yang sama, relawan juga secara proaktif mendekati warga emas yang terpencil dalam masyarakat dan menghubungkan mereka dengan rakan kongsi dan program yang berkaitan.



Beliau semalam mengajak penglibatan lebih ramai rakan kongsi masyarakat dan relawan dalam menjaga warga emas.



Beliau semalam melahirkan kegembiraan kerana SJSM Village telah bekerjasama dengan relawan untuk meningkatkan pengalaman penjagaan warga emas di SJSM Village.



Salah satu badan yang bekerjasama bersama SJSM Village adalah relawan daripada GraceKitchen.



Mereka menawarkan kuih muih khas bagi warga emas dan kakitangan rumah jagaan dan pusat jagaan warga emas.



GraceKitchen merancang melancarkan program percubaan yang melibatkan penghuni rumah jagaan serta klien daripada pusat jagaan warga emas dalam persiapan untuk membakar kuih muih.



"Saya menggalak SJSM Village dan semua penyedia lain untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada relawan untuk melibatkan diri dalam menjaga warga emas," katanya.




"Seperti kita memerlukan kampung untuk membesarkan anak, kita juga perlukan sokongan masyarakat untuk menyokong warga emas kita. Bagaimana rupa masyarakat seperti itu? Keluarga bekerja rapat dengan penyedia seperti Pusat Jagaan St Andrew's untuk mereka cara-cara bagi menyediakan sokongan yang diperlukan bagi ibu bapa mereka yang sudah lanjut usia, baik di rumah dan di pusat jagaan. Relawan yang mendekati warga emas yang hidup terpencil dalam masyarakat dan menghubungkan mereka dengan rakan kongsi dan program yang berkaitan."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >