Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal dan pemandu kenderaan berat akan dapat menggunakan aplikasi Parking.sg mulai 20 Dis

Dec 19, 2017 | 2:50 PM
Aplikasi Parking.sg akan dapat digunakan bagi semua jenis kenderaan di Singapura. - Foto Lianhe Zaobao
Aplikasi Parking.sg akan dapat digunakan bagi semua jenis kenderaan di Singapura. - Foto Lianhe Zaobao -

MULAI esok, penunggang motosikal dan pemandu kenderaan berat akan dapat menggunakan aplikasi Parking.sg bagi melunaskan bayaran bagi menggunakan tempat meletak kereta di semua 1,100 tempat meletak kereta awam yang kini menggunakan kupon kertas.

Dengan itu, Parking.sg yang sebelum ini hanya boleh digunakan oleh pemandu kereta kini boleh digunakan oleh semua kenderaan di Singapura, ujar kenyataan bersama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech).

"Parking.sg terbukti berguna dan popular di kalangan pemandu sejak ia dilancarkan.

"Sehingga kini, aplikasi tersebut telah dimuatturun le- bih 300,000 kali melalui iOS dan Android.

Di samping itu, sekitar 152,000 kenderaan unik telah mendaftar lebih daripada sejuta sesi tempat meletak kereta," ujar kenyataan tersebut.

Melalui aplikasi tersebut, pengguna tidak perlu lagi bergegas ke kenderaan mereka untuk menambah kupon jika masanya hampir tamat.

Mereka hanya perlu memasukkan nombor kenderaan, memilih kod tempat meletak kereta yang betul, nyatakan tempoh untuk meletak kenderaan dan mula meletakkan ia di sana.

Pemandu boleh merujuk kepada papan tanda di pintu masuk tempat meletak kenderaan awam dan sepanjang berbendul jalan untuk mendapatkan kod.

"Kami ingin mengingatkan pengguna kenderaan yang menggunakan Parking.sg untuk mengaktifkan aplikasi tersebut bagi memulakan sesi meletak kereta sejurus setelah mereka meletak kenderaan kerana pegawai penguat kuasa akan tetap menjalankan rondaan," tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg