Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Penyair Kadir Pandi meninggal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penyair Kadir Pandi meninggal

Nov 26, 2021 | 05:30 AM

PENYAIR yang juga penulis mapan, Abdul Kadir Pandi, 70 tahun, meninggal dunia semalam setelah mengalami serangan jantung Sabtu lalu.

Beliau dirawat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dalam keadaan kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir lewat pagi semalam.

Allahyarham, yang menganggotai Kumpulan Angkatan Muda Sastera (Kamus), pernah bertugas sebagai penyelia di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Sepanjang pelibatannya dalam dunia penulisan, Allahyarham turut bertugas sebagai wartawan sambilan dan menyumbang pelbagai laporan perihal dunia seni, hiburan dan perkembangan sastera Melayu di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Sebagai penyair, beliau gigih berkarya, dengan sajaknya Daun-Daun Berguguran diterbitkan di Berita Minggu pada 1975.

Karyanya juga termuat dalam antologi Tiga Warna Bertemu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1987, selain Potret Diri Seorang Penyair pada 2004 terbitan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).

Sajaknya Menjaring Mentari Hidupku dijadikan teks pembelajaran bagi GCE peringkat 'A' yang terkandung dalam antologi Begitulah Kata-Kata yang diterbitkan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) pada 2014.

Allahyarham menerima Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS pada 1995 bagi sajaknya Puisi Waktu (Buat Ibuku) dan Hadiah Sastera MBMS bagi puisi Menjaring Mentari Hidupku pada 2009.

Rakan karib Allahyarham, Encik Eunos Asah, semasa dihubungi Berita Harian semalam berkata persahabatan mereka bermula pada 1970-an.

"Allahyarham seorang yang berbakat. Kami sama-sama terlibat dalam bidang seni sebagai wartawan dan penyair," ujarnya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan semalam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3