Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Penyertaan golongan muda galak perpaduan sosial kian meningkat: Edwin Tong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI MASYARAKAT BERSATU PADU (ICCS)

Penyertaan golongan muda galak perpaduan sosial kian meningkat: Edwin Tong

Sep 07, 2022 | 05:30 AM

PENYERTAAN golongan muda dalam usaha menggalak perpaduan sosial di sini kian meningkat, namun penyertaan lebih ramai daripada mereka pastinya dialu-alukan, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Dengan lebih ramai golongan muda berkongsi pandangan mereka, rasa terlibat dalam hasil yang dicapai dan ingin menyumbang idea mereka untuk mewujudkan huraian, ini akan mendatangkan hasil yang lebih baik, tambahnya.

Encik Tong berkata demikian semasa bercakap dengan media selepas menghadiri satu sesi menjalin rangkaian pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) di Pusat Konvensyen Raffles City semalam.

Ini merupakan kali kedua ICCS diadakan, dengan disertai lebih 800 orang termasuk pemimpin agama, penggubal dasar, ahli akademik dan pengamal masyarakat sivil dari lebih 40 negara.

Persidangan anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) itu juga memaparkan wadah bagi belia turut menyumbang menerusi Program Pemimpin Muda yang berlangsung serentak dengan persidangan itu.

Diperkenal buat kali pertama semasa ICCS pertama yang diadakan di sini pada 2019, Encik Tong berkata ramai peserta yang mengikuti program itu tiga tahun lalu kini kembali untuk membimbing peserta baru dalam program itu tahun ini.

"Bagi saya, ini amat memuaskan dan saya rasa ini satu petanda baik kerana ia menunjukkan bahawa orang muda juga berminat dengan hasil yang dicapai serta sangat terlibat dalam usaha mencari huraian untuk membina masyarakat yang lebih padu," ujarnya.

Tambahnya, adalah penting juga bagi golongan muda melihat maklumat yang diperoleh mereka dengan konteks serta bagaimana ia relevan kepada masyarakat mereka dan bernuansa dalam aplikasinya kepada masyarakat unik Singapura yang berbilang budaya.

Bercakap tentang isu yang dibincangkan semasa sesi menjalin rangkaian di ICCS semalam, Encik Tong berkata semua orang berpendapat bahawa masyarakat kini berdepan dengan cabaran yang amat sukar dan besar dalam usaha membina keharmonian sosial dan masyarakat yang padu.

Ini termasuk dengan cabaran menangani media sosial dan maklumat palsu di dalam talian serta maklumat yang begitu mudah didapatkan di dalam talian.

"Namun pada masa yang sama, tidak dapat melihat maklumat itu dengan konteks, mengaplikasikannya kepada masyarakat dan sistem nilai masing-masing serta bagaimana kita melihat satu sama lain dalam masyarakat... ini antara cabarannya.

"Apa yang menarik perhatian saya ialah bahawa tidak kira dari mana kita berasal... cabarannya serupa. Isunya adalah bagaimana setiap masyarakat melihatnya kerana lensa dan perspektif yang digunakan adalah berbeza," ujar Encik Tong.

Oleh itu, beliau berkata adalah penting untuk adakan wadah seperti ICCS untuk membina hubungan selain bertukar pandangan dan berbincang bagaimana perbezaan yang wujud ini boleh meninggalkan kesan pada huraian individu.

Sedang masyarakat bangkit daripada pandemik Covid-19 ini, Encik Tong turut menarik perhatian pentingnya warga menetapkan tumpuan mereka pada persamaan dalam masyarakat berbanding perbezaan.

"Saya rasa ini cara amat penting untuk melakar usaha satu demi satu namun secara keseluruhan, mempunyai kesan besar pada masyarakat," ujarnya.


CABARAN TANGANI MEDIA SOSIAL, MAKLUMAT PALSU

“Namun pada masa yang sama, tidak dapat melihat maklumat itu dengan konteks, mengaplikasikannya kepada masyarakat dan sistem nilai masing-masing serta bagaimana kita melihat satu sama lain dalam masyarakat... ini antara cabarannya. Apa yang menarik perhatian saya ialah bahawa tidak kira dari mana kita berasal... cabarannya serupa. Isunya adalah bagaimana setiap masyarakat melihatnya kerana lensa dan perspektif yang digunakan adalah berbeza.”
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.


“Ini detik yang amat penting dalam sejarah dan kita perlu memberi perhatian kepada masyarakat yang padu dari segi sosial. Ini selepas seluruh dunia ini kini bangkit daripada satu tempoh yang amat sukar. Malah, keadaan sekarang masih amat sukar, akibat pandemik, ketegangan geopolitik dan krisis ekonomi. Oleh itu, tiada masa yang lebih penting daripada sekarang untuk bersama memikirkan tentang bagaimana kita boleh terus bergerak ke hadapan dengan cara yang produktif bagi masyarakat dan ekonomi.”
- Profesor Lily Kong, Presiden Universiti Pengurusan Singapura (SMU).


“Idea kita sebagai anggota sebuah masyarakat, kemanusiaan, pada permukaannya kelihatan biasa, malah menarik, namun pada masa yang sama, ia mungkin agak bermasalah kebelakangan ini. Contohnya dengan Covid-19 yang mula menular dua tahun lalu... cara media antarabangsa menggambarkan masyarakat Asia Tenggara dan Asia Timur ialah sebagai penurut atau konformis... seolah-olah menjadi sebahagian kolektif ini sesuatu yang negatif kerana ia dikaitkan dengan sifat autoritarian, konformis dan sebagainya. Tapi bagi saya, ini tidak masuk akal... kerana banyak perkara yang mengupayakan kita dan positif merupakan apa yang kita belajar secara kolektif dalam masyarakat (seperti) erti persahabatan, empati dan cara menunjukkan kasih sayang.”
- Profesor Farish Ahmad-Noor, Profesor Sejarah, Universiti Malaya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3