PILIHAN RAYA KECIL BUKIT BATOK
Penyokong SDP harap Chee diberi peluang bukti kebolehan
Apr 28, 2016 | 05:30 AM
WALAUPUN jumlah mereka kecil, semangat dan keyakinan yang dipaparkan oleh penyokong Parti Demokratik Singapura (SDP) terhadap kebolehan calon mereka cukup memberangsangkan.
Meskipun terpaksa menahan cuaca panas terik dan hujan yang turun dengan tiba-tiba, sorakan penyokong SDP riuh kedengaran disertakan dengan lambaian bendera merah mereka apabila calon SDP Dr Chee Soon Juan diumumkan akan bertanding.