Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman hidup bakar semangat sumbang kepada masyarakat

Jun 30, 2019 | 05:30 AM



Kempen #InspirasiSG yang diterajui M Kuasa Tiga (M³) yang merangkumi Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dilancarkan baru-baru ini. Ia bertujuan mencungkil kisah-kisah inspirasi dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam yang telah memacu masyarakat sebagai Masyarakat Gemilang. Ikuti kisah-kisah inspirasi yang akan kami paparkan.




SEJAK berusia belasan tahun lagi beliau sudah memikul tanggungjawab anggota keluarga yang uzur.



Bukan seorang, bahkan Cik Nur Zatul Ezza Zainal, kini 29 tahun, pernah menjaga tiga orang dewasa uzur dalam satu masa.



Baginya, moto kehidupan untuk sentiasa memberi bantuan kepada yang memerlukan, dijadikan pedoman hidup.



"Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.



"Apa yang saya lakukan untuk diri saya, hanya saya sahaja yang tahu, dan akan terkubur bersama apabila saya mati. Tetapi apa yang saya lakukan terhadap orang lain akan meninggalkan kesan hidup pada orang lain."



Sejak di bangku sekolah lagi, Cik Ezza memikul tanggungjawab menjaga arwah neneknya yang dalam keadaan uzur, dan apabila dua mak ciknya jatuh sakit - seorang menghidap masalah buah pinggang dan lagi seorang lagi merupakan pesakit barah - Cik Ezza turut menjaga mereka.



Sewaktu usia remajanya, rutin setiap harinya adalah pulang ke rumah sejurus selepas sekolah supaya dapat menjaga ahli keluarganya.



"Saya perlu mendisiplinkan diri. Setelah memastikan kesejahteraan mereka, saya paksa diri saya untuk menghabiskan kerja sekolah sebelum naik bas pulang ke rumah ibu bapa saya," ujarnya, yang perlu berulang-alik dari Ang Mo Kio ke Yishun lewat malam hari demi hari.



Dalam pada itu, guru prasekolah di tadika Kementerian Pendidikan itu belajar berdikari, bahkan berjinak-jinak memberi tuisyen kepada saudara-maranya untuk mendapat wang saku bagi perbelanjaan sekolah.



Cik Ezza, yang sentiasa mengekalkan sifat positif, berkata beliau pernah sekali mempersoalkan kehidupannya.



"Saya tanya diri saya, kenapa saya perlu matang pada usia yang muda? Tetapi saya mengingatkan diri saya bahawa Allah maha adil. Semua cabaran yang saya hadapi dalam kehidupan telah membuatkan saya berjaya di sekolah," kongsi anak bongsu dalam dua beradik itu.



Sewaktu di sekolah menengah, Cik Ezza mendapat anugerah kepujian dari segi akademik, dan turut diiktiraf sebagai pelajar serba boleh.



Tatkala melanjutkan pelajaran ke politeknik, Cik Ezza pernah memasuki senarai dekan.



Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya?



Kata-kata arwah neneknya, yang merupakan sumber inspirasi beliau, tersemat dalam hati Cik Ezza.



Selain menghulurkan bantuan kepada anggota keluarganya sendiri, graduan jurusan sains biologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU)itu merupakan pengerusi Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon 7 Woodlands.



Bahkan, apabila dilantik pada 2016, beliau merupakan yang termuda di kalangan anggota akar umbi.



Walaupun terpaksa menghabiskan banyak masa lapang khususnya pada hujung minggu, cabaran itu dihadapi dengan hati terbuka dan berlapang dada kerana kerja kemasyarakatan sudah mendarah daging dalam jiwanya.



Ia berputik sejak menengah dua apabila beliau menjadi sukarelawan di Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds).



Di samping membantu penduduk blok yang memerlukan di sekitaran kejiranannya, matlamat Cik Ezza adalah untuk memecahkan stereotaip bahawa RC hanya untuk warga emas.



"Jika bukan saya yang memecahkan stereotaip ini, siapa lagi? Oleh itu saya berbincang dengan pasukan saya tentang cara-cara bagaimana untuk menarik minat belia. Justeru, kami telah menubuhkan bilik jamming. Kami adalah RC pertama yang mempunyai bilik jamming!" kata Cik Ezza.



Berkat usahanya, satu pertiga daripada jumlah relawan RC beliau kini terdiri daripada anak muda.



Mengimbas kembali perjalanannya, Cik Ezza percaya pengalaman hidup telah membuatnya lebih matang daripada usianya, dan menjadikannya insan yang tidak mudah putus asa.



"Pada mulanya ada anggota yang jauh lebih tua dan berpengalaman nampak macam tidak pandang serius pada saya dan ragu-ragu tentang kebolehan saya untuk memimpin kerana saya masih muda...



"Tetapi, saya cuba menawan hati dan perasaan mereka dengan melakukan yang terbaik, dan lama-kelamaan mereka bertambah yakin dengan saya," ujar Cik Ezza.




"Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Apa yang saya lakukan untuk diri saya, hanya saya sahaja yang tahu, dan akan terkubur bersama apabila saya mati. Tetapi apa yang saya lakukan terhadap orang lain akan meninggalkan kesan hidup pada orang lain."

- Cik Nur Zatul Ezza Zainal.




PERADUAN #INSPIRASISG 



Jika anda mengenali sekurang-kurangnya seorang individu Melayu/Islam yang menjadi, sumber inspirasi dalam hidup anda, kongsi kisah mereka!



Mungkin beliau merupakan seorang teman atau ahli keluarga yang telah menempuh pelbagai rintangan tetapi tetap cekal hati untuk meneruskan kehidupan. Ataupun mungkin mereka lebih mementingkan keperluan orang lain daripada diri mereka sendiri.



Sepuluh kisah inspirasi terbaik akan berpeluang memenangi hadiah sehingga $500!



Facebook:



* 'Like' Facebook M3 dan tulis komen di pos https://www.facebook.com/MajuBersamaM3 siapa inspirasi anda dan mengapa



* Atau kongsi pos tentang inspirasi anda di Facebook anda sendiri dan gunakan hashtag #InspirasiSG.



* Pastikan profil anda boleh diakses orang awam!



Instagram:



* Ikuti M3 di Instagram



* Lungsuri pos https://www.instagram.com/Maju.Bersama.M3/ dan tulis komen siapa inspirasi anda dan mengapa



* Atau kongsi pos tentang inspirasi anda di Facebook anda sendiri dan gunakan hashtag #InspirasiSG.



* Pastikan profil anda boleh diakses orang awam!



E-mel:



* Kirim e-mel ke inspirasisingapura@gmail.com



* Hantar surat melalui pos ke '#InspirasiSG c/o 86A Amoy Street Singapore 069905'



Laman Web:



* Lungsuri laman web M3 di http://www.m3.sg/ bagi maklumat lanjut




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >