Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peranan agama rapat jurang dibincang di sidang silang agama

Sep 7, 2022 | 5:30 AM
SESI PLENO: Ahli panel sesi pleno pertama yang diadakan pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) semalam membincangkan tentang bagaimana agama boleh merapatkan jurang. - Foto ICCS
SESI PLENO: Ahli panel sesi pleno pertama yang diadakan pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) semalam membincangkan tentang bagaimana agama boleh merapatkan jurang. - Foto ICCS -

TOPIK bagaimana agama boleh merapatkan jurang telah dibincangkan oleh ahli panel dalam sesi pleno pertama yang diadakan pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) semalam.

Ahli panel itu terdiri daripada (dari dua dari kiri) Setiausaha Agung, Perikatan Kebersihan Sanitasi, Air Bersih Antara Agama Global dan Presiden Yayasan Divine Shakti, Dr Sadhvi Bhagawati Saraswati; Speaker Pertama Perhimpunan Ireland Utara, Lord John Alderdice; Imam Masjid Holland Park di Australia dan Presiden Majlis Imam Queensland, Imam Uzair Akbar; dan Setiausaha Agung Persekutuan Buddha Singapura, Venerable Shi You Guang.

Moderator perbincangan itu ialah Ketua Pusat Antarabangsa Bagi Penyelidikan Keganasan Politik dan Pengganasan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Kumar Ramakrishna (kiri).

Sesi pleno itu bertujuan mengkaji sebab-sebab di sebalik kebangkitan dan ketahanan polarisasi sosial disebabkan oleh kepercayaan agama atau ideologi.

Dengan pemahaman yang lebih kukuh tentang perpecahan itu dan sebab di sebaliknya, beberapa pengajaran diharap dapat diperolehi untuk digunakan bagi memupuk keamanan dan keharmonian antara agama dalam masyarakat majmuk di dalam dan luar rantau ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg