Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Perbincangan hubungan kaum perkukuh ikatan warga: Edwin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perbincangan hubungan kaum perkukuh ikatan warga: Edwin

Jul 04, 2021 | 05:30 AM

PERBINCANGAN mengenai hubungan antara kaum yang didorong beberapa insiden berbaur perkauman baru-baru ini diadakan dengan Singapura berada dalam kedudukan yang kukuh dari segi hubungan warganya yang berbilang budaya.

Dalam memberikan peringatan tersebut, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata Singapura mempunyai manfaat sebuah sistem yang telah dipelopori para pemimpin perintis kita.

Sistem tersebut menurut beliau memastikan "kita tidak terjerumus dalam kesukaran yang dihadapi banyak masyarakat berbilang kaum yang lain."

"Justeru, dalam kita berdepan cabaran-cabaran ini dan kita berdepan dengan insiden-insiden sedemikian, ayuh kita belajar daripadanya. Usah kita mengetepikanapa yang telah berjaya buat kita sejak berdekad lamanya," ujar beliau.

Encik Tong berkata demikian semasa menggulung sesi dialog belia anjuran Majlis Belia Kebangsaan (NYC) semalam.

Dialog itu disertai 90 peserta daripada institut pengajian tinggi, madrasah dan belia yang sudah mula bekerja untuk membincangkan tema "Semangat Singapura."

Dialog semalam juga membuka tirai Bulan Belia Singapura.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa para belia pelbagai bangsa dan agama untuk memanfaatkan ruang bersama yang ada bagi menjalin hubungan yang lebih erat, supaya tidak memencilkan diri.

Menurutnya, sekiranya setiap kaum bertegas mahukan ruangnya sendiri, ruang bersama yang ingin diwujudkan akan berkurangan.

"...apabila kita mempunyai kurang ruang bersama, lebih sukar untuk menerima kepelbagaian," ujarnya.

Antara isu-isu yang dibincangkan peserta dialog tersebut adalah isu-isu berkaitan kaum dan perkauman yang menjadi keprihatinan baru-baru ini, selain keprihatinan mereka mengenai golongan memerlukan serta keprihatinan mereka mengenai masa depan pasca Covid-19.

Terdapat lagi tiga sesi perbincangan yang berlangsung pada Jun lalu dan sesi dialog semalam menandakan permulaan Bulan Belia Singapura.

Antara peserta dialog semalam ialah Anis Zakiyah Zanial, seorang pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah berusia 15 tahun.

Beliau berkata sebagai anggota masyarakat minoriti dan pelajar madrasah, beliau menghadapi cabaran untuk berkongsi keprihatinan dan menangani salah anggap yang mungkin.

"Sesi dialog seperti ini merupakan satu ruang selamat untuk kita bertukar-tukar pandangan, dan penting untuk kita terus menyediakan ruang-ruang bersama seperti ini," katanya.

Salah seorang pemudah cara dialog, Encik Mohammad Arshad Khaja Moinudeen, 24 tahun pula berkata bahawa dialog tersebut adalah sesi yang amat produktif dengan para peserta mengetengahkan beberapa cadangan untuk memperkukuh hubungan antara kaum dan bagaimana isu-isu perkauman boleh dibincangkan dalam secara membina.


"Dalam kita berdepan cabaran-cabaran ini (isu perkauman) dan kita berdepan dengan insiden-insiden sedemikian, ayuh kita belajar daripadanya. Usah kita mengetepikan apa yang telah berjaya buat kita sejak berdekad lamanya."
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3