Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perenang Sukan Paralimpik terima anugerah Presiden

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



ANUGERAH Presiden bagi Pencapaian Berinspirasi telah disampaikan kepada juara renang Sukan Paralimpik Cik Yip Pin Xiu di Istana semalam.



Dalam ucapannya di majlis pelancaran anugerah itu, Presiden Halimah Yacob menggambarkan anugerah tersebut sebagai anugerah yang mengiktiraf dan meraikan warga Singapura yang telah memaparkan keberanian dan kegigihan untuk mengatasi kesukaran peribadi, cemerlang dalam bidang masing-masing dan sumbangan mereka telah memberi impak yang besar kepada masyarakat.



Beliau berkata: "Ia meraikan individu yang mana sumbangannya menjangkau domain dan melangkaui bidang masing-masing. Penerima anugerah memiliki sifat terbaik yang menggambarkan warga Singapura - berdaya tahan, semangat rintis yang boleh melakukan apa sahaja dan keinginan kuat untuk membantu masyarakat - dan mereka benar-benar menjadi contoh teladan bagi generasi masa kini dan pada masa akan datang."



Puan Halimah kemudiannya menggariskan sebab Cik Yip, 30 tahun, dipilih - memberi tumpuan kepada lima pingat emas Paralimpiknya - yang menjadikan Cik Yip atlet Singapura yang paling berjaya dan menunjukkan bagaimana seseorang itu dapat mengatasi kesukaran untuk mencapai puncak dalam bidang mereka.



Tahun lalu, Cik Yip membawa keceriaan kepada negara dengan mempertahankan kejuaraan 50 meter dan 100 meter kuak lentang S2 beliau di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, membawa jumlah keseluruhan pingat Sukan Paralimpiknya kepada enam (lima pingat emas dan satu pingat perak).



Puan Halimah berkata: "Semangat, ketabahan dan keazamannya telah menunjukkan kepada dunia bahawa Singapura boleh mengatasi apa jua cabaran. Sumbangannya telah memberi inspirasi kepada warga Singapura, menyatukan kita bersama untuk memberi sokongan kepadanya dan meraikan kejayaannya."



Beliau juga menekankan sumbangan Cik Yip di luar sukan, seperti berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Dilantik (NMP) pada 2018 hingga 2020, pengerusi Suruhanjaya Atlet Majlis Paralimpik Nasional Singapura pada 2015 hingga 2018 dan naib pengerusi Jawatankuasa Kerja Purple Parade.



Dengan pencapaian, sumbangan dan kecekalan Cik Yip, Puan Halimah berkata bahawa ia adalah wajar Cik Yip dinobat sebagai penerima pertama anugerah itu.



Presiden menambah: "Harapan saya bahawa kisah dan kejayaan Pin Xiu akan menjadi inspirasi kepada warga Singapura dari semua lapisan masyarakat, dan membuka jalan kepada lebih ramai penerima selepasnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >