Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pererat ikatan warga SG, pekerja asing melalui memasak

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



SEJAK kecil, hidangan kari itik sering dimakan Encik Islam Mohammad Sherazul, seorang pekerja asing yang berasal dari Bangladesh.



"Ibu saya mengajar saya cara memasak hidangan ini," ujar penyelaras keselamatan pembinaan berusia 28 tahun itu.



"Menjamu hidangan ini di Singapura mengingatkan saya kepada keluarga saya."



Apabila diberi peluang mengambil bahagian dalam satu rancangan memasak baru, Encik Islam dan rakan senegaranya, Encik Roy Mithun Chandra, 33 tahun, memilih kari itik sebagai masakan yang ingin mereka ajarkan kepada rakyat Singapura.



Menurut Encik Chandra, memandangkan daging itik lebih mahal daripada daging ayam, kari itik merupakan satu hidangan istimewa pada musim perayaan.



Rancangan memasak Cook To Connect itu sebuah inisiatif pertubuhan tidak mencari ubntung ItsRainingRaincoats dan The Whitehatters, lapor akhbar The Straits Times.



Ia bertujuan merapatkan jurang budaya antara rakyat Singapura dan pekerja asing di sini melalui acara memasak.



Dalam episod pertama daripada dua episod yang telah dirakam dahulu, dua warga Singapura mengajar Encik Islam dan Encik Chandra cara memasak kek keladi, sejenis kuih talam tradisional Cina yang berasaskan tepung beras, udang kering dan keladi.



Dalam episod kedua, dua pekerja dari Bangladesh itu mengongsi resipi kari itik mereka kepada dua lagi warga Singapura.



Penonton digalak memasak secara serentak semasa menonton video-video tersebut.



Pengasas ItsRainingRaincoats, Cik Dipa Swaminathan, 49 tahun, mencetuskan idea bagi rancangan Cook To Connect sekitar pertengahan tahun ini apabila beliau menyedari memasak adalah satu kegiatan universal yang digemari warga Singapura dan pekerja asing.



"Beberapa pekerja asing ini boleh memasak dengan baik," katanya.



"Mereka biasa memasak dan makanan yang dimasak ialah comfort food (makanan selesa) bagi mereka. Jadi saya berfikir, apakah cara terbaik membina jambatan kalau bukan dengan memasak?"



Ketua sukarelawan Cook To Connect, Cik Kelly Shia, 30 tahun, berkata pihak penganjur akan menyediakan bahan-bahan kepada 100 pekerja asing untuk mengambil bahagian dalam sesi memasak bersama itu.



Sukarelawan akan menghantar bahan-bahan itu ke tempat tinggal pekerja itu pada dua hari tersebut.



Hanya pekerja asing yang tinggal di flat HDB boleh mengambil bahagian, disebabkan sekatan pergerakan Covid-19 yang dikenakan ke atas pekerja asing yang tinggal di dormitori.



Bagi pengurus sumber manusia Irfana Nazmin, salah seorang peserta warga Singapura, ini kali pertama beliau berinteraksi rapat dengan seorang pekerja asing.



"Kari itik itu sangat sedap," ujar peserta berumur 30 tahun itu, yang digandingkan dengan Encik Sherazul bagi penggambaran tersebut.



"Rasanya sedap dan baunya sangat wangi," ujar Cik Irfana.



Beliau perasan Encik Sherazul membakar and mengisar sendiri jintan yang digunakan dalam masakan kari itu - satu langkah tambahan yang beliau fikir menciptakan "rasa berasap" yang membezakannya dari kari lain di Singapura.



Hubungan pasangan itu menjadi rapat sewaktu sesi rakaman, dengan Encik Islam meminta Cik Irfana merakam satu video TikTok untuknya.



Encik Islam dan Encik Chandra jarang dapat berinteraksi bersama penduduk tempatan. Menurut Encik Chandra, selama 12 tahun beliau berada di sini, sukarelawan berbangsa Cina yang digandingkan dengannya ialah warga Singapura pertama yang menjadi kawannya di luar kerja.



Encik Islam berkata: "Ini adalah satu pengalaman menarik untuk saya berbicara bersama warga Singapura dan saya seronok dapat memasak bersama mereka."



Cook To Connect juga bertujuan menghantar pek penjagaan berisi peralatan mandian, makanan dan pakaian kepada 500 pekerja pada sambutan Krismas tahun ini.



Penganjur mengadakan acara mengumpul derma pada 23 Disember untuk orang awam meninggalkan barang-barang seperti pakaian terpakai dan barang keperluan lain.



"Satu pek penjagaan tidak akan dapat merubah kehidupan seorang pekerja asing," kata Cik Swaminathan. "Apa yang lebih penting ialah ingatan di sebalik pek penjagaan itu. Kami mahu pekerja asing tahu bahawa ramai penduduk di negara ini prihatin terhadap mereka."




"Ini adalah satu pengalaman menarik untuk saya berbicara bersama warga Singapura dan saya seronok dapat memasak bersama mereka."
- Encik Islam Mohammad Sherazul, pekerja asing asal Bangladesh yang menyertai rancangan memasak 'Cook To Connect'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >