Pergas lancar kedai runcit dalam talian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pergas lancar kedai runcit dalam talian

Feb 06, 2021 | 05:30 AM

SEBUAH kedai runcit dalam talian telah dilancarkan oleh Pergas Investment Holdings (PIH) bagi masyarakat Islam setempat berbelanja keperluan dapur seperti beras dan bawang dari keselesaan rumah masing-masing.

Bukan itu sahaja, wadah yang dikenali sebagai Graciousmart.sg itu juga membolehkan orang ramai membuat pembayaran fidyah atau bersedekah dengan membeli pakej barangan makanan yang akan dihantar ke rumah penerima yang mereka kenali atau dalam senarai Pergas atau pertubuhan Melayu/Islam (MMO) setempat.

Kedai runcit dalam talian itu telah mula beroperasi sejak semalam, setelah ia dilancarkan dalam satu majlis yang dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim sebagai tetamu terhormat.

"Graciousmart.sg menyediakan satu lagi pilihan kepada masyarakat kita untuk membeli barangan keperluan dan ia juga menyelitkan nilai murni menolong mereka yang memerlukan... lebih-lebih lagi kita sedang menghadapi wabak Covid-19," kata Dr Faishal.

PIH adalah anak syarikat penuh milik Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan ini kali pertama ia menceburi bidang perniagaan runcit dalam talian.

Discover Malay Home Based Businesses

Graciousmart.sg diharapkan dapat menyalurkan pendapatan berkekalan bagi Pergas menjalankan misinya, dan untuk mencipta lebih banyak pekerjaan bagi anggota masyarakat Melayu/Islam di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PIH, Dr Shamsiah Abdul Karim, berkata pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa syarikat Islam setempat untuk menawarkan khidmat Graciousmart.sg seperti mendapatkan bekalan dan menawarkan penghantaran ke rumah.

"Kami menubuhkan Graciousmart.sg kerana kami mendapati pasaran halal sedang giat meningkat.

"Kami juga melihat ia sebagai satu peluang bukan hanya untuk mengembangkan ekonomi Pergas, tetapi juga untuk menggembleng tenaga asatizah yang ada untuk kita lebih menolong mereka.

"Antaranya, asatizah boleh melihat bagaimana mereka boleh berkembang luas dalam meneroka perniagaan halal dan perniagaan makanan," katanya sambil menambah rancangan membangunkan wadah itu bermula kira-kira lima bulan lalu.

Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, berharap perniagaan itu dapat berkembang dan menjadi contoh serta dihidupkan oleh kumpulan peniaga lain.

Graciousmart.sg hanya menjual produk halal, dan buat masa ini menawarkan sekitar 600 barangan kering pada harga yang berpatutan dan berdaya saing.

Ia merancang menawarkan barangan basah seperti daging dan ayam dalam masa terdekat.

Orang ramai boleh berbelanja, membayar fidyah atau bersedekah di laman graciousmart.sg.

Pakej Fidyah dan Pakej Ihsan yang ditawarkan bernilai $30, $50 dan $80.

Tiada pembelian minimum dikenakan tetapi kos setiap penghantaran ialah $7.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map