Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas tolak usulan mansuh Seksyen 377A

Sep 19, 2018 | 07:16 PM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) tidak bersetuju dan menolak usulan memansuhkan atau meminda Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang menganggap hubungan seks sesama lelaki sebagai jenayah.



Menurut kenyataannya kepada media petang tadi (19 September), Pergas berkata pendirian mereka itu bukan sahaja berdasarkan pandangan agama, tetapi juga atas dasar keprihatinan moral dan sosial yang mempunyai kesan kepada kedua-dua institusi kekeluargaan dan masyarakat umumnya.



Menurut Pergas, pemansuhan akta tersebut akan menyebabkan beberapa implikasi yang membimbangkan.



“Antaranya, ia menjejas serta mengancam kepentingan unit keluarga tradisional, selain turut menafikan teras institusi kekeluargaan yang merupakan asas bagi sesebuah masyarakat.



“Menurut prinsip maqasid atau objektif syariah, pembentukan keluarga bertujuan melahirkan generasi baru dan memelihara kewujudan manusia.



“Bagi merealisasikan tujuan tersebut, Islam memberi perhatian terhadap pembinaan sebuah keluarga melalui pernikahan yang sah di antara seorang lelaki dan wanita,” kata Pergas menerusi kenyataannya.



Tambahnya, langkah memansuhkan Akta 377A juga mengesahkan gaya hidup lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) serta menggalak dan menganggapnya seperti perkara yang biasa.



Menurut Pergas, ini jelas bertentangan dengan dasar kekeluargaan pemerintah bagi membina masyarakat yang kukuh.



Bahkan, ia tidak selari dengan pandangan majoriti yang masih berpegang pada nilai kekeluargaan tradisional.



“Pergas juga merasakan melalui pemansuhan ini, ia akan lebih menjejas kadar penduduk masyarakat Singapura yang merupakan antara kebimbangan utama pemerintah pada masa kini,” ujarnya.



Dalam pada itu, Pergas turut menggesa masyarakat untuk menerapkan dasar kemanusiaan yang diajarkan agama Islam dalam perhubungan sesama manusia.



“Hubungan kita bersama golongan LGBTQ seperti mana golongan lain perlulah didasari dengan rahmah dan mengingini kebaikan buat mereka.



“Dengan itu, kita tidak seharusnya menyisihkan, meminggirkan mahupun menghina mereka.



“Sebaliknya, Pergas mengajak masyarakat Islam untuk mendampingi dan memberi sokongan agar mereka kembali ke ajaran sebenar agama Islam,” kata Pergas.



Tambahnya, mereka berharap masyarakat Islam juga dapat menjaga adab dan berlaku hikmah semasa membincangkan isu ini selain elak daripada menghina mahupun merendahkan golongan ini.



Sementara itu, Pergas turut menasihatkan individu yang menghadapi isu seksualiti untuk mendapatkan panduan agama daripada asatizah dan kaunselor bertauliah yang berpegang pada prinsip agama Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >