Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BICENTENNIAL SINGAPURA

Perjalanan Pak Zubir antara tujuh paparan pancaran cahaya

Feb 07, 2019 | 05:30 AM



Festival 'Light to Night' mempamerkan sekitar 50 karya yang membawa pengunjung mendalami kisah-kisah Singapura yang dipaparkan menerusi karya seni cahaya dan bunyi. Dibangunkan oleh Encik Safuan Johari dan Encik Brandon Tay, festival tahunan itu diadakan lebih gah tahun ini sempena acara memperingati dwiabad negara ini, Bicentennial Singapura. Berlangsung sehingga 24 Februari ini, antara tempat festival termasuk kawasan dalam dan luar Galeri Negara, The Arts House, Muzium Tamadun Asia, Taman Esplanade dan Dewan Konsert Victoria. BERITA HARIAN bertemu individu-individu yang menyumbang kepada festival tersebut.



TUJUH kisah bagi memaparkan kekayaan warisan sejarah, seni bina dan budaya Singapura.



Itulah matlamat projek persembahan pancaran lampu, Art Skins on Monuments, sebahagian daripada Festival 'Light to Night' edisi Bicentennial Singapura.



Tujuh kisah tersebut dipaparkan menerusi pancaran cahaya pada muka bangunan ikonik di kawasan Daerah Sivik, yang diubah menjadi papan cerita visual.



Setiap kisah terkandung cerita yang 'tersembunyi' dan disampaikan dalam perspektif segar menerusi peristiwa penting yang terbuku dalam lipatan sejarah Singapura.



Menyatakan demikian, salah seorang individu yang bertanggungjawab bagi persembahan unik itu, Encik Safuan Johari, berkata antara cabaran besar menghasilkan persembahan itu ialah landskap bangunan di kawasan tersebut.



Encik Safuan kurator bersama projek tersebut. Seorang lagi kurator Encik Brandon Tay.



"Dari segi imej, kami terpaksa membuat bahasa visual yang unik kerana muka bangunan-bangunan ini bukan permukaan rata yang tipikal, yang lebih mudah menggunakan imej arkib dan lain-lain," terangnya.



"Jadi, kami buat keputusan menggunakan imej tangan sebagai metafora.



Encik Safuan, 37 tahun, merupakan siswazah Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan ekonomi, tetapi minatnya lebih ke arah muzik dan bunyi-bunyian. Malah, sejak umurnya 17 tahun, beliau telah mempunyai kumpulan 'indie'nya sendiri.



Sementara itu, salah satu daripada tujuh kisah yang dipaparkan ialah 'Sayang di Sayang' yang dipancarkan di Padang Atrium di Galeri Nasional Singapura.



Encik Safuan menerangkan, persembahan itu merupakan pancaran audio-visual selama tiga minit yang menceritakan perjalanan Allahyarham Zubir Said daripada seorang pemuzik muda di Sumatera, Indonesia, yang kemudian menjadi komposer lagu kebangsaan Singapura.



Persembahan pancaran lampu ini bermula dengan tangan bermain piano dan kemudian kedua-dua tangan dilihat diangkat ke atas seperti berdoa sebagai satu penghormatan kepada lagu Semoga Bahagia karya Allahyarham Zubir iaitu "adat dan budaya dihormati".



"Metafora tangan ini membawa makna yang lebih besar bagi saya secara peribadi setelah saya mendengar Dr Rohana (anak perempuan Allahyarham Zubir) menyatakan bahawa lagu kebangsaan yang diilhamkan Allahyarham Pak Zubir ibarat doa untuk masa depan Singapura dan rakyatnya," kata Encik Safuan.



Selain daripada menjadi kurator bersama, Encik Safuan juga merupakan pereka bunyi-bunyian dan muzik bagi 'Stronghearts' yang dipancarkan di The Arts House dan 'Portraits of Performers from the Past' yang dipancarkan di Panggung Victoria.



Muka bangunan-bangunan lain yang terlibat ialah Mahkamah Agung lama, City Hall dan Muzium Tamadun Asia.



Sebelum edisi Bicentennial ini, beliau turut memikul tanggungjawab yang sama bagi edisi minggu seni bagi festival yang sama baru-baru ini.



Festival 'Light to Night' edisi Bicentennial Singapura ini berlangsung dari 28 Januari lalu hingga 24 Februari ini.



  • Nenie Kairuman penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >