Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkukuh perpaduan sosial bermula dari rumah

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



MENGUKUHKAN perpaduan sosial bermula dari rumah, dengan nilai-nilai yang ditanamkan oleh ibu bapa kepada anak-anak dan perbualan keluarga di rumah, yang akan mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan masyarakat di luar.



Di samping itu, menjalin hubungan sejati (berkawan) dengan orang dari pelbagai latar belakang pula bermula dengan jiran.



Ini adalah antara perkara penting yang dibangkitkan semasa sesi dialog Seminar Madrasah yang dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



Seminar Madrasah yang ke-6 itu dianjurkan semalam di Madrasah Aljunied Al-Islamiah bertajuk "Ruang Bersama! Memperkukuhkan Perpaduan Sosial kita".



Acara dwitahunan itu juga disokong oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan OnePeople.SG (OPSG).



Cendekiawan dan karyawan tempatan dijemput memberikan pandangan mengenai kerumitan yang timbul dari masyarakat berbilang bangsa, terutama melibatkan bangsa dan agama.



Di samping itu, Dr Faishal turut meraikan acara tersebut dan menyertai panelis semasa sesi dialog dengan para pelajar madrasah.



Seramai 68 pelajar prauniversiti dari Madrasah Aljunied turut hadir di seminar itu.



Seramai 55 pelajar dari Madrasah Wak Tanjong, Madrasah Al-Maarif, Madrasah Al-Arabiah dan Madrasah Alsagoff juga turut serta acara itu secara maya.



Seminar ini menyediakan platform untuk pelajar madrasah terlibat dalam perbincangan isu-isu negara yang relevan.



Kali ini, seminar itu meminta para pelajar madrasah berikan sumbangan secara sukarela menerusi cara-cara kecil untuk bertindak sebagai duta Islam dalam dunia yang berbilang masyarakat.



Dalam penyampaiannya, Ustaz Muztazah Bahari dari Pejabat Mufti mendorong pelajar madrasah memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan kepada masyarakat dan memastikan bahawa perpaduan dan ketahanan sosial kita tidak terganggu dalam usaha untuk mengharungi pandemik ini.



Antara lain, seminar itu juga telah mengundang tetamu penceramah Ketua Makmal Sosial Institusi Kajian Dasar (IPS), Dr Mathew Mathews.



Beliau menghuraikan pelbagai cara masyarakat Melayu/Islam telah menyesuaikan untuk memperkukuhkan keharmonian antara kaum dan agama di Singapura.



Beberapa tema umum yang dikemukakan semasa sesi seminar sebelumnya merangkumi penggunaan media sosial yang meluas untuk menyebarkan propaganda keganasan, kebencian, peranan belia untuk menentang radikalisasi, kepentingan mewujudkan masyarakat kepaduan sosial dan tindakan belia untuk membentuk Singapura pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >