Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu ada pengorbanan dalam buru perpaduan sosial: ahli panel silang agama

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



AGAMA sepatutnya menghubungkan manusia kepada tuhan, diri sendiri, satu sama lain dan masyarakat, tetapi secara realiti, banyak perhubungan yang agama seharusnya bentuk didapati membawa kepada polarisasi.



Ini dapat dilihat lebih-lebih lagi dalam situasi yang membawa tekanan, rasa takut atau ancaman seperti semasa pandemik Covid-19, yang membawa kepada banyak kejadian menuding jari, memfitnah dan mencari orang untuk dipersalahkan.



Bagi mencapai kesepaduan sosial, pengorbanan harus sedia dilakukan, kerana dalam menjalin hubungan sama ada dengan pencipta atau sesama insan, pengorbanan diperlukan.



Demikian dinyatakan ahli panel dalam sesi pleno pertama yang diadakan pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) kelmarin.



Ahli panel itu terdiri daripada Setiausaha Agung Perikatan Kebersihan Sanitasi, Air Bersih Antara Agama Global dan Presiden Yayasan Divine Shakti, Dr Sadhvi Bhagawati Saraswati; Speaker Pertama Perhimpunan Ireland Utara, Lord John Alderdice; Imam Masjid Holland Park di Australia dan Presiden Majlis Imam Queensland, Imam Uzair Akbar; dan Setiausaha Agung Persekutuan Buddha Singapura, Venerable Shi You Guang.



Moderator perbincangan itu ialah Ketua Pusat Antarabangsa Bagi Penyelidikan Keganasan Politik dan Pengganasan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Kumar Ramakrishna.



Mereka telah membincangkan tentang topik bagaimana agama boleh merapatkan jurang.



Dr Saraswati berkata, apabila pandemik Covid-19 melanda, rasa takut terhadap penyakit dan kematian membawa kepada begitu banyak kejadian tuduh-menuduh dan mencari orang untuk dipersalahkan dalam menentukan siapa yang bertanggungjawab bagi penyebaran virus itu secara besar-besaran atau siapa yang tidak mematuhi langkah pengurusan selamat.



"Ia menjadi begitu teruk hingga berlaku kejadian di mana kumpulan agama berbeza tidak mahu membeli buah dan sayur daripada satu sama lain. Satu lagi sumber besar bagi rasa takut dan tekanan, dan timbulnya sikap kita lawan mereka, ialah kekurangan sumber, air dan makanan," katanya.



Beliau berkata agama harus memberi manusia keberanian untuk menolak apa yang harus ditolak, dan keberanian untuk menyatakan tidak dan iya.



"Dan hari ini kita mempunyai kuasa untuk menyatakan tidak kepada polarisasi, cercaan, melihat atau memperlakukan sesuatu pihak lain sebagai berlainan, dan semua aspek dalam masyarakat yang memburukkan lagi pemisahan itu. Dan kita mempunyai kuasa untuk berkata iya kepada bekerjasama sebelum kita mengalami sebuah krisis," katanya.



Imam Uzair pula menekankan bahawa pengorbanan diperlukan untuk hubungan berkembang dan menjadi lebih kukuh, dan ini termasuk hubungan di antara kumpulan yang berbeza.



"Jika kita bersikap wajar, mempunyai belas kasihan dan empati, kita akan mencari ruang. Soalannya adalah, daripada segi kesepaduan sosial, bersediakah kita untuk membuat pengorbanan?" katanya.



Panelis sesi itu turut bercakap tentang cara bersikap terbuka tetapi pada masa sama mengelakkan daripada terlalu mendesak dalam memasukkan seseorang ke dalam agama tertentu.



Venerable Shi berkata tidak salah mengongsi tentang agama tetapi ia tidaklah harus sampai ke tahap memaksa.



"Jika mereka kata yang mereka ada kepercayaan sendiri, hormati kepercayaan mereka. Bukannya kata kepercayaan saya lebih baik daripada kepercayaan kamu," katanya.



Lord Alderdice pula berkata sangat mudah untuk percaya bahawa boleh dihasilkan satu set peraturan yang boleh digunakan untuk semua masyarakat pada setiap peringkat.



"Sebagai contoh, adalah lebih mudah untuk saya (dahulu) untuk bersikap kritikal terhadap Singapura disebabkan beberapa cara Singapura mengendalikan urusannya. Tetapi dengan masa, saya sedar yang masyarakat berbeza berada pada peringkat berbeza dan di tempat berbeza. Singapura sedang cuba membangunkan dirinya di bawah pelbagai jenis ancaman dan kesukaran, dalaman dan luaran, dan perkara yang perlu dilakukan dalam keadaan sedemikian untuk bertahan adalah berbeza dengan perkara yang perlu dilakukan jika anda adalah Amerika Syarikat.



"Justeru, pendampingan yang seimbang dan bertimbang rasa dengan perbezaan dan kepelbagaian saya rasa adalah penting dalam jangka masa panjang, untuk masyarakat kita sasarkan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >