DERUMAN pancuran 'Rain Vortex' ini pasti menarik pengunjung yang melangkah ke Jewel Changi Airport - tarikan terbaru yang dijangka meningkatkan kedudukan Singapura sebagai destinasi pelancongan menarik - yang dibuka untuk pranonton awam hari ini.
Kompleks seluas 135,700 meter persegi di Lapangan Terbang Changi itu akan menampung lebih 280 kedai dan pusat makanan dan minuman, permainan menarik, hotel dan kemudahan penerbangan mengelilingi salah satu taman tertutup terbesar Singapura.