Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan bagi flat BTO di estet matang kekal kukuh

HDB: Permohonan meningkat dari 2.8 kali ganda pada 2017 kepada 6.7 kali ganda tahun lalu
Jul 26, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet dan bandar matang kekal kukuh dengan kadar permohonan bagi flat tersebut meningkat pada kadar yang tinggi.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata permohonan tersebut meningkat dari 2.8 kali ganda pada 2017 kepada 6.7 kali ganda tahun lalu.



Permintaan bagi flat HDB baru secara keseluruhan juga telah meningkat sepanjang empat tahun lalu, dengan bilangan permohonan yang diterima bagi setiap flat BTO meningkat dari 2.3 kali ganda pada 2017 kepada 5.8 kali ganda pada 2020.



Menurut HDB, sebanyak 13 projek BTO telah ditawarkan tahun lalu di estet matang, berbanding sembilan pada 2017, satu kenaikan hampir 50 peratus.



Projek di estet matang pula merangkumi 44 peratus daripada jumlah flat BTO yang dilancarkan pada 2017, tetapi bilangannya meningkat kepada 55 peratus tahun lalu, kata HDB.



Sepanjang empat tahun lalu, HDB telah menawarkan hampir 25,600 flat di bandar dan estet matang.



Semasa pelancaran Mei lalu, flat Telok Blangah Beacon di Bukit Merah menarik hampir 50 pemohon bagi setiap 70 flat empat biliknya, walaupun perlu menunggu lebih lima tahun untuk projek itu siap dengan harga flat bermula sebanyak $602,000.



Pada pelancaran yang sama itu, unit empat bilik di estet bukan matang di Woodlands bermula pada harga $275,000.



Masa menunggu lebih lama itu akibat penangguhan pembinaan Covid-19. Sebelum ini, pembeli flat HDB hanya perlu menunggu tiga hingga empat tahun sebelum mendapat kunci.



Permintaan yang kukuh bagi perumahan awam dirangsang oleh pasangan yang ingin membina keluarga dan perkahwinan serta gaya hidup yang berubah selain aspirasi sosial, kata HDB lagi.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata, meski bekalan flat baru bagi keluarga kali pertama telah diperuntukkan, permintaan bagi flat baru di estet matang kekal tinggi.



"Dalam beberapa tahun, saya telah menerima mesej daripada pasangan muda yang meminta bantuan untuk memohon bagi flat BTO di estet matang.



"Mereka mahu memulakan keluarga di rumah sendiri, tetapi pada masa yang sama tinggal berdekatan dengan ibu bapa mereka yang sudahpun tinggal di estet matang bagi penjagaan dan sokongan bersama," katanya dalam catatan Facebook semalam.



Perangkaan daripada banci penduduk terkini menunjukkan bilangan pasangan yang berkahwin meningkat dari 880,800 pada 2010 kepada 977,300 tahun lalu, dengan lebih banyak perkahwinan didaftarkan dalam separuh kedua dekad berbanding dekad sebelumnya.



Dalam masa terdekat, permintaan lebih tinggi boleh dijangkakan daripada kohort lebih besar yang dilahirkan pada lewat 1980-an hingga 1990-an, apabila mereka telah mencapai usia perkahwinan, kata HDB.



Ia menyatakan lebih ramai pasangan muda, belum berkahwin dan ibu bapa, memilih untuk hidup sendiri berbanding dengan keluarga besar, sedang saiz isi rumah secara purata merosot dari 3.5 orang pada 2010 kepada 3.2 tahun lalu.



Di samping itu, flat di estet matang juga mempunyai permintaan yang tinggi dalam Penjualan Baki Flat (SBF) terutama di lokasi seperti Queenstown dan Clementi.



Kadar permohonan bagi SBF di estet matang ialah 5.4 kali ganda, berbanding 4.8 kali ganda di estet bukan matang.



Encik Lee menambah pemerintah akan terus memantau pasaran hartanah dengan teliti serta menyesuaikan bekalan perumahan awam untuk memastikan bekalan flat kekal responsif terhadap keperluan perumahan penduduk.



"Sedang kita terus memenuhi aspirasi pemilikan rumah bagi rakyat Singapura dan memastikan mereka mempunyai pilihan perumahan yang dimampui, kita juga akan menjalankan pembangunan sedemikian dengan rapi dan bersifat sensitif terhadap penduduk yang tinggal di blok sekeliling serta ruang hijau kita," katanya.




"Sedang kita terus memenuhi aspirasi pemilikan rumah bagi rakyat Singapura dan memastikan mereka mempunyai pilihan perumahan yang dimampui, kita juga akan menjalankan pembangunan sedemikian dengan rapi dan bersifat sensitif terhadap penduduk yang tinggal di blok sekeliling serta ruang hijau kita."
- Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >