Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan binaan dijangka stabil 2023, didorong projek sektor awam

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



PERMINTAAN untuk pembinaan di Singapura tahun ini dijangka stabil dan didorong oleh projek sektor awam seperti flat Bina Ikut Tempahan (BTO), laluan MRT dan loji rawatan air dalam perancangan.



Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) menganggarkan kontrak bernilai $27 bilion hingga $32 bilion mungkin diberikan tahun ini. Ini serupa dengan saiz kontrak yang direkodkan pada 2022 dan 2021.



Dalam seminar anjuran BCA dan Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (Redas) di Hotel Grand Copthorne Waterfront semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, juga berkata harga bagi flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan rumah privet telah tumbuh lebih sederhana pada suku keempat tahun lalu disebabkan jumlah penjualan unit yang merosot selepas langkah meredakan pasaran hartanah.



Beliau berkata bekalan perumahan awam dan swasta tambahan akan disediakan untuk dijual.



Encik Lee menambah walaupun permintaan pembinaan kelihatan stabil, firma mesti mengingati cabaran yang menanti, seperti risiko kemelesetan yang semakin meningkat dalam ekonomi utama, tekanan rantaian bekalan dan perubahan iklim.



"Adalah penting kita mengambil iktibar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk meningkatkan daya tahan sektor persekitaran binaan.



"Ini termasuk mengurangkan pergantungan kami kepada tenaga kerja asing bagi tugas intensif buruh, dan melakukan lebih banyak lagi untuk memenuhi matlamat iklim sifar bersih kami," katanya.



Sektor awam dijangka menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah permintaan pembinaan tahun ini, atau antara $16 bilion dan $19 bilion.



Permintaan pembinaan sektor swasta dijangka mencecah $11 bilion hingga $13 bilion, setanding dengan 2022, dengan rancangan pembangunan kondominium baru dan bangunan perindustrian yang memerlukan spesifikasi tinggi.



"Disebabkan penjadualan semula beberapa projek utama dari 2022 hingga 2023, serta pembangunan semula premis komersial lama untuk meningkatkan nilai aset, permintaan bangunan komersial dijangka meningkat," kata BCA.



Tahun lalu, permintaan pembinaan dalam sektor awam meningkat sedikit kepada $17.9 bilion, daripada $17.8 bilion pada 2021.



Ini disokong oleh projek seperti Fasa 1 Laluan Rentas Pulau (CRL1), Laluan MRT Daerah Jurong dan kemudahan penjagaan kesihatan bagi Kementerian Kesihatan (MOH).



Sementara itu, permintaan dalam sektor swasta merosot daripada $12.1 bilion pada 2021 kepada $11.9 bilion pada 2022, disebabkan kelemahan ekonomi.



Angka BCA menunjukkan bahawa bayaran untuk kerja yang sedang dilakukan diunjurkan mencecah $30 bilion hingga $33 bilion tahun ini, setanding dengan anggaran awal kira-kira $30.2 bilion pada 2022.



Ini disebabkan tahap permintaan pembinaan yang stabil dan beberapa kerja yang tertunggak akibat Covid-19, kata pihak berkuasa.



Encik Lee berkata unjuran permintaan dari 2024 hingga 2027 adalah antara $25 bilion dan $32 bilion setahun.



Sektor awam akan menjadi pemacu utama dengan projek akan datang seperti CRL dan beberapa pembangunan hospital.



Di seminar semalam, beberapa syarikat turut menandatangani perjanjian untuk meneroka usaha kerjasama dan membangunkan keupayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >