Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Ain tutup 2 pusat jagaan pesakit barah selama 2 minggu

Seorang pekerja pembersihan di kededua pusat minggu lalu dijangkiti Covid-19, tidak tunjuk gejala
Jul 27, 2021 | 05:30 AM



DUA pusat jagaan pesakit barah yang dikendalikan Persatuan Ain ditutup selama dua minggu mulai semalam setelah seorang pekerja pembersihan yang pergi ke sana minggu lalu disahkan positif Covid19.



Kedua-dua pusat itu - Pusat Penjagaan Barah Young Heroes yang terletak di Blok 2, Eunos Crescent dan Pusat Jagaan Barah Serenity yang terletak di Blok 9, Haig Road - telahpun menjalani proses penyahjangkitan rapi oleh penyedia khidmat yang diluluskan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), hujung minggu lalu.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) semalam, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Md Yusof Ismail berkata pusat itu mengambil langkah drastik untuk menutup pusatnya selama dua minggu walaupun sudah menjalani proses pembersihan demi menjaga keselamatan kakitangan dan klien mereka.



Penutupan itu sehingga 9 Ogos ini.



"Walaupun kedua-dua tempat sudah dibersihkan, semua klien kami merupakan pesakit barah yang sistem imun mereka rendah, dan mereka mudah dijangkiti.



"Kami mahu memastikan tempat kami betul-betul bersih," ujarnya, yang sedang mempertimbang sama ada perlu untuk menyahjangkit premis mereka lagi.



Memberi butiran lanjut, Encik Yusof berkata pekerja wanita dari syarikat khidmat pembersihan yang disahkan positif Covid-19 itu "asimptomatik" iaitu tidak menunjukkan sebarang gejala dan mengunjungi kedua-dua pusat Persatuan Ain dari 21 Julai hingga 23 Julai.



Pekerja itu didapati telah daftar masuk ke kededua pusat melalui SafeEntry dan mengambil suhu badan, namun suhu badannya normal.



Namun pada tengah hari 23 Julai, badannya terasa lemah dan beliau kemudian disahkan positif Covid-19 di klinik menerusi ujian pantas antigen (ART).



Beliau dibawa ke pusat pengasingan dan disahkan positif sekali lagi setelah menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR).



Sejauh ini, Encik Yusof berkata seramai 16 kakitangan dan klien dari Persatuan Ain yang berada di pusat itu pada waktu yang sama dengan pekerja tersebut telah dikenal pasti, dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang membuat tindakan susulan.



Kontak rapat sudah diarah menjalani perintah kuarantin.



Sejak Covid-19 melanda tahun lalu, Encik Yusof berkata Persatuan Ain sedaya upaya mengurangkan percampuran fizikal demi menjaga kesihatan klien dan kakitangannya. Kebanyakan program dijalankan secara dalam talian, dan pertemuan fizikal diadakan hanya jika klien itu benar-benar memerlukannya.



Menurut beliau, perkataan "bimbang" itu tidak cukup untuk menggambarkan perasaannya sekarang dan beliau hanya mampu berdoa agar kesihatan mereka dilindungi.



Buat masa ini, kakitangan dan klien Persatuan Ain sudah dinasihati agar memantau kesihatan mereka.



Orang ramai masih boleh menghubungi Persatuan Ain menerusi talian 6848-5166 atau WhatsApp di 8028-0622.




"Walaupun kedua-dua tempat sudah dibersihkan, semua klien kami merupakan pesakit barah yang sistem imun mereka rendah, dan mereka mudah dijangkiti. Kami mahu memastikan tempat kami betul-betul bersih."
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail yang sedang pertimbang sama ada perlu menyahjangkit premis mereka lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >