Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Disleksia lancar program bantuan di prasekolah

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



PERSATUAN Disleksia Singapura (DAS) akan melancarkan Program Prasekolah Khidmat Pendidikan Khas di sebuah pusat prasekolah mega di Marsiling dan dua pusat pembelajarannya demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.



Program itu akan ia dilancarkan di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Besar Marsiling PCF pada suku kedua tahun ini.



Sementara itu, ia juga akan ditawarkan di Pusat Pembelajaran Serangoon persatuan itu pada suku ketiga tahun ini dan Pusat Pembelajaran Parkway Parade pada suku pertama tahun depan.



Ini diumumkan semasa Seminar Prasekolah DAS 2018, yang diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar, semalam.



Pengarah Khidmat Pendidikan Khas DAS, Encik Nor Ashraf Samsudin, menjelaskan bahawa program prasekolah itu merupakan sebuah program intervensi yang bertujuan membantu pelajar yang lambat kenal huruf dan menangani jurang dalam kecelikan huruf yang diperhatikan dalam pelajar yang berisiko mengalami disleksia.



"Matlamat kami adalah bagi pelajar membina asas baik dalam kemahiran kecelikan huruf dengan mengajar mereka ilmu abjad, fonogram dan sebagainya.



"Terdapat juga komponen yang membentuk asas kecelikan huruf, seperti kemahiran motor berkaitan penulisan. Kami juga membantu pelajar dalam pembelajaran sosial dan emosi," katanya.



Sebagai sebahagian daripada usaha perintisnya, DAS bekerjasama dengan PCF bagi menawarkan program prasekolahnya itu di cawangan tadika PCF Ulu Pandan pada 2014.



Dengan kejayaan program perintis itu, DAS menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama PCF tahun lalu yang bertujuan menawarkan program prasekolah DAS itu di satu cawangan PCF baru setiap tahun selama lima tahun mulai 2017.



Dalam pada itu, DAS juga mencatatkan kenaikan dalam bilangan pelajar yang menyertai program prasekolah itu di pusat pembelajaran mereka.



Tahun lalu, bilangan pelajar yang menyertai program itu meningkat sebanyak 16 peratus kepada 319 pelajar daripada 2016. Sehingga Disember lalu, program itu telah memberi manfaat kepada 1,748 kanak-kanak prasekolah.



Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) DAS, Encik Lee Siang, berkata meskipun disleksia hanya boleh didiagnos dalam kanak-kanak pada usia enam tahun, intervensi awal bagi memperkukuh kemahiran membaca dan mengeja kanak-kanak prasekolah yang lambat kenal huruf adalah penting.



Ini demi membantu mereka membina keyakinan dalam keupayaan pembelajaran mereka.



"Ia akan membuat satu kelainan besar dalam peralihan mereka ke sekolah rendah," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >