Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Muhammadiyah agih 1,500 kg daging korban dan beras buat 600 penerima bantuan

Jul 30, 2022 | 01:43 PM



PERSATUAN Muhammadiyah mengagihkan bantuan seberat 1,500 kilogram daging korban dan beras sebagai sebahagian bantuan bulanan pertamanya kepada benefisiari tahun ini pada Sabtu (30 Julai).



Setiap keluarga menerima dua hingga tiga kilogram daging korban dan beras.



Daging korban yang diberi adalah daripada bahagian yang didermakan daripada individu yang telah melaksanakan ibadah korban mereka bersama Muhammadiyah di Australia dengan kerjasama Hezom International, jelas satu kenyataan Persatuan Muhammadiyah.



“Kami amat bersyukur dan menghargai sokongan daripada masyarakat Muslim di Singapura. Kebelakangan ini, terdapat banyak organisasi, syarikat dan individu yang menawarkan perkhidmatan qurban di luar negara.



"Namun begitu, terlihat peningkatan setiap tahun dalam jumlah tempahan korban luar negara sejak kami menawarkan perkhidmatan ini pasca Covid-19," kata Encik Shamsul Bahri Talib, Eksekutif Kanan, Jabatan Kebajikan dan Kemasyarakatan Persatuan Muhammadiyah.



Menurut kenyataan itu, seramai 600 benefisiari daripada 110 keluarga menerima hamper yang diagihkan ke rumah mereka oleh pemandu sukarelawan Muhammadiyah.



Bagi keluarga-keluarga tersebut, mereka dikenal pasti sebagai berkeperluan tinggi; sama ada daripada keluarga besar dengan PCI (pendapatan per kapita) yang lebih rendah atau ibu bapa tunggal dan mereka yang menganggur akibat masalah kesihatan.



Sebanyak 20 peratus daripada benefisiari Muhammadiyah adalah golongan keluarga berisiko tinggi. Golongan keluarga yang berisiko tinggi akan menerima bantuan dalam jangka masa yang akan ditetapkan.



Pihak Muhammadiyah akan membantu mereka menerusi pemberian baucar barangan, barangan asas dapur dan kewangan.



Dengan bantuan ini, Muhammadiyah berharap dapat meringankan tanggungan bulanan yang berdasarkan keadaan bagi setiap keluarga.



Persatuan Muhammadiyah juga bekerjasama dengan Pusat Khidmat Keluarga (FSC) untuk beberapa kes yang kritikal seperti kehilangan tempat tinggal, agar bantuan yang mereka perlu selanjutnya dapat diberikan.



Salah seorang penerima bantuan tersebut, Cik Rukaiyabee Ahmed Gulan, 72 tahun berkata:



“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan gembira. Terima kasih kepada Muhammadiyah kerana selalu dengan tangan terbuka memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan seperti kami semua. Kakitangan dan sukarelawan semua sentiasa bersopan-santun dan peramah dengan kami.”



Cik Rukaiyabee merupakan pengasuh tunggal kepada suami beliau yang terpaksa menjalani pembedahan saraf tunjang 21 tahun yang lalu.



Dengan sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat semasa kutipan zakat di bulan Ramadan tahun ini, Persatuan Muhammadiyah dapat menjalankan program seperti ini untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.



Setiap tahun, Persatuan Muhammadiyah memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 15,000 orang menerusi program-program dakwah, kebajikan dan pendidikan.



Usaha-usaha tersebut dapat dijalankan hasil sumbangan derma umum, infak, zakat harta dan fidyah daripada masyarakat awam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >