Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persembahan tunjukkan nilai Melayu turut serikan Chingay

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



ACARA perkahwinan bertema laut ajaib yang menampilkan kekayaan budaya Melayu telah 'memukau' penonton semasa acara Chingay 2022 diadakan lewat kelmarin.



Persembahan tersebut menggambarkan sifat-sifat kasih sayang, keharmonian dan perpaduan yang merupakan nilai penting masyarakat Melayu.



Segmen 'Ikatan Kasih Samudera' itu diserikan dari para penari dari Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra), PA Talents Malay Dance Ensemble dan Nadi Singapura manakala pereka tari terdiri daripada Encik Osman Abdul Hamid, Encik Zairin Abdul Latiff, Encik Mohamed Yaziz Mohamed Hassan dan Encik Muhammad Nizarfauzi Norlie. Muzik pula adalah oleh Encik Riduan Zalani dari Nadi Singapura.



Diadakan di Jewel Lapangan Terbang Changi pada Sabtu, sambutan Perarakan Chingay ke-50 itu melibatkan seramai 500 peserta dari Singapura dan luar negara yang bernyanyi dan menari berlatarbelakangkan HSBC Rain Vortex - air terjun dalaman tertinggi dunia - serta Shiseido Forest Valley.



Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, hadir dalam acara itu.



Menulis di Facebook selepas menghadiri acara tersebut, Encik Lee berkata:



"PA sekali lagi mencapai kejayaan dengan mentransformasikan cabaran pandemik ini kepada acara yang tidak dapat dilupakan.



"Perarakan penting bagi Chingay - memperingati jauhnya perjalanan kita dan merangka jalan ke hadapan bersama.



"Ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat dalam persembahan yang hebat ini!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >