Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persiapan korban jalan lancar, kata JKMS

Aug 10, 2019 | 01:17 PM



PERSIAPAN bagi upacara korban sedang berjalan lancar, dengan semua 3,700 kambing dipindahkan ke 26 pusat korban di masjid selepas tiba dari Australia sejak Khamis (8 Ogos).



Upacara itu dijadual bermula selepas solat Hari Raya Aidiladha esok (11 Ogos).



Dalam kenyataannya pada Sabtu (10 Ogos), Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) berkata kakitangan dan relawan di masjid telah menjalani latihan dan bersedia melaksanakan upacara korban. 



“Tindakan juga telah diambil bagi memastikan haiwan ternakan diberi jagaan yang memadai,” kata kenyataan itu.



Menurut kenyataan itu, pegawai Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Taman Nasional (NParks) - telah memeriksa kambing yang tiba di Singapura pada 8 Ogos dan 9 Ogos, untuk memastikan setiap haiwan sihat, sebelum membenarkannya dipindahkan ke pusta korban.



Pegawai AVS juga akan menyertai wakil JKMS, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan Agensi Makanan Singapura (SFA) di setiap pusat korban esok, untuk memastikan operasi korban dijalankan dengan menuruti prosedur operasi yang ditetapkan, demi menjaga kesejahteraan haiwan dan piawaian kebersihan makanan, kata JKMS.





Sejak 2012, upacara korban menjalani audit  yang dilaksanakan juruaudit antarabangsa, selaras dengan syarat yang ditetapkan Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (Escas) Australia.



Antara lain, pengeksport haiwan dari Australia perlu menyediakan laporan yang disiapkan juruaudit bebas antarabangsa untuk mengesahkan haiwan ternakan yang dieksport memenuhi piawaian yang ditentukan.



Ini termasuk melarang individu tanpa latihan daripada melakukan korban sendiri.  Menurut JKMS, hanya kakitangan yang terlatih dan keluarga yang menjalankan upacara ini dibenar memasuki kawasan operasi korban.



Pengerusi JKMS Sharifuddin Mohammed Ali berkata:



“Kami komited dan akan memastikan setiap pihak mematuhi garis panduan kesejahteraan haiwan antarabangsa, yang selari dengan ajaran Islam.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >