Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persiapan korban jalan lancar selepas kambing Australia tiba di S’pura

Jun 28, 2023 | 06:52 PM



Persiapan untuk ibadah korban yang dilakukan dalam negeri tahun ini kini berjalan dengan lancar selepas beberapa pengendali korban memberitahu Berita Harian (BH) bahawa kambing korban sudah pun tiba di Singapura.


Menurut Aliyah Rizq Holdings, yang merupakan salah satu daripada pengendali korban tersebut, sebanyak 320 ekor kambing telah diterbangkan dari Australia ke Singapura.

Penyembelihan haiwan itu akan dilakukan di Persatuan Arab, Al Wehdah dan Persatuan Muhammadiyah pada Hari Raya Haji yang jatuh pada 29 Jun.

Syarikat itu bekerjasama dengan FJM Consultancy, Sharika’s Pte Ltd, MES Group, Saujana Feedmill dan Agrotech Sdn Bhd untuk menjalankan ibadah korban tahun ini.

Pengarah Aliyah Rizq Holdings, Cik Nabilah Bagarib, memberitahu BH bahawa kesemua 320 ekor kambing telah diperiksa apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Changi pada Rabu sekitar 4 petang.

Beliau menambah kesemua 320 ekor kambing berada dalam keadaan sihat dan sesuai untuk dikorbankan.

“Ia penting untuk memeriksa kambing–kambing ini kerana kita mahu memastikan tidak ada daripada mereka yang tidak sihat atau cedera sebelum disembelihkan.

“Pemeriksaan itu juga untuk memastikan pengimportan kambing–kambing tersebut mematuhi Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (Escas) Australia dan peraturan Singapura,” ujar Cik Nabilah.

Pemeriksaan itu melibatkan pegawai dari Agensi Makanan Singapura (SFA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Penguasa Pertanian–Makanan dan Ternakan (AVA), dan Lembaga Taman Negara (NParks).

Daripada 320 ekor kambing tersebut, 220 ekor telah dihantarkan ke Persatuan Arab, Al Wehdah.

Baki 100 ekor telah dihantarkan ke Persatuan Muhammadiyah. Menurut persatuan itu, kesemua 100 ekor kambing sudah pun ditempah.

Ibadah korban di kedua–dua lokasi akan bermula selepas solat Aidiladha. Apabila sohibul korban tiba di lokasi, mereka perlu mendaftar dan menunggu giliran mereka untuk menyaksikan penyembelihan kambing.


“Hanya tukang sembelih yang bertauliah boleh menyembelih kambing. Kita pun telah melaksanakan kursus bagi tukang sembelih untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran untuk melakukan ibadah korban,” ujar Cik Nabilah.

Malah, menurutnya, Aliyah Rizq Holdings telah melaksanakan tiga pusingan kursus dan taklimat untuk melatih tukang sembelih.

Pusingan pertama diadakan di Johor, pusingan kedua dijalankan Ustaz Tamliikhaa Khamsani di Persatuan Muhammadiyah, dan pusingan ketiga diadakan di SFA.

Mengulas mengenai ibadah korban yang bakal dijalankan: “Saya rasa ia satu pengalaman yang sangat mengujakan dan saya gembira melihat kerja keras kita membuahkan hasil.

“Niat kita mengendalikan ibadah korban ini adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Saya berbangga dengan pasukan saya dan ini adalah kerjasama antara beberapa agensi. Akhirnya kami dapat memenuhi janji kami kepada sohibul korban.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >