Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Personaliti radio popular Asmah Laili meninggal dunia

Feb 16, 2019 | 05:30 AM



PERSONALITI radio popular dan pakar masak Asmah Laili telah menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam setelah rebah dalam pangkuan pembantu rumahnya.



Allahyarhamha berusia 79 tahun dan meninggalkan dua anak dan lima cucu.



Salah seorang cucunya, Muhammad Hafez Shahiran, 17 tahun, berkata Allahyarhamha rebah sekitar 3 petang di flatnya di Bedok Reservoir View.



"Sebelum kejadian itu, nenek sedang tidur di dalam bilik. Pembantu rumah nenek sedang melipat baju dan melihat nenek mahu ke tandas. Beliau bangun untuk menolong nenek tapi nenek tiba-tiba rebah dan jatuh," kata Hafez sambil menambah Allahyarhamha tinggal berdua dengan pembantu rumahnya.



Anak Allahyarhamha, Cik Amizah Nahar Azmi, 49 tahun, berkata beliau berada di tempat kerja apabila mendapat berita yang ibunya rebah.



"Saya suruh anak saya, Hafez, pergi ke rumahnya dan tolong angkatnya ke katil. Hafez beritahu saya yang Allahyarhamha tidak bernafas. Paramedik tidak dapat mengesan nadi jantung dan cuba menyedarkannya semula tetapi tidak berjaya," kata Cik Amizah.



Allahyarhamha dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan percubaan menyedarkannya semula oleh doktor juga gagal.



Sehingga petang semalam belum diketahui punca kematian.



"Apabila dibenarkan pulang, kami akan membawa jenazah Allahyarhamha ke rumah saya di Chai Chee. Mungkin jenazah akan dikebumikan esok (hari ini)," kata Cik Amizah.



Beliau menambah Allahyarhamha kurang sihat sekitar tiga, empat hari lalu setelah pulang dari Kuala Lumpur untuk menziarahi seorang lagi anaknya.



"Memang ketara perubahan pada dirinya. Beliau tidak sihat dan tidak bermaya, tidak ceria seperti biasa.



"Saya fikir mungkin beliau mengalami demensia dan saya sudah membuat rancangan membawanya berjumpa doktor. Tapi mungkin beliau sedar yang beliau hampir pergi dari dunia ini," katanya.



Berita Harian sebelum ini melaporkan Allahyarhamha kurang sihat kerana menghidap penyakit fibrosis pulmonari iaitu parut atau kerosakan pada peparu yang menyebabkan masalah pernafasan serius.



Allahyarhamha perlu bergantung kepada tangki oksigen mudah alih selama 15 jam sehari termasuk semasa tidur, solat dan pada bila-bila masa beliau rasa sukar bernafas.



Namun Cik Amizah berkata ibunya masih kekal aktif meski tidak seperti dahulu.



Semasa hayatnya, selain terkenal sebagai juruhebah radio sejak 1959, Allahyarhamha juga merupakan antara penyampai berita wanita perintis Mediacorp dan telah banyak melatih pembaca berita radio dan televisyen.



Beliau yang berkhidmat di stesen radio Warna 94.2FM juga dikenali dengan bakatnya mengendalikan rancangan memasak di televisyen, seperti Dapur Mami dan Sedap di saluran Suria, selain menerbitkan beberapa buku resipi.



Sebagai penerbit, beliau antara lain pernah menghasilkan rancangan Pentas Radio, dan pernah menerbitkan rancangan Bertutur Bahasa Inggeris di radio. Rancangan tersebut malah juga merupakan salah satu rancangan terbitan radio yang menjadi rancangan pertukaran dengan Stesen Penyiaran Brunei.



Allahyarhamha bersara pada 1997.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >