Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertapis anjur acara pertingkat kesihatan warga emas

Nov 18, 2023 | 05:31 AM



Satu usaha untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi warga emas telah dijalankan oleh Pertapis pada Jumaat.

Dinamakan From Health to Hearts (Daripada Kesihatan ke Hati), usaha itu merangkumi sebuah pameran kesihatan masyarakat dan forum bertajuk ‘Kasih Antara Usia’.


Pameran itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan warga emas dan menggalak mereka mengambil tindakan pencegahan awal.

Forum tersebut pula bertujuan memperkemas hubungan antara ibu bapa dan anak. 

Program di Masjid Al-Ansar itu dihadiri Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Bercakap kepada Berita Harian, Encik Fahmi berkata usaha serupa itu membolehkan penyakit dijejak lebih awal.


“Warga emas boleh mengambil tindakan awal. Bagi saya ini amat penting. Ia juga memberi kesedaran awal kepada semua – yang muda, kurang muda dan juga yang menua,” kata beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertapis, Encik Firdaus D’Cruz, berkata usaha itu bermula daripada perbincangan antara kakitangan Pertapis dan berkembang menjadi pameran dan forum berhubung kesihatan untuk warga emas.

Ia menyusuli kebimbangan yang meningkat berhubung kesihatan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam. Pertapis kemudian bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan mengambil langkah pencegahan awal.

Pertubuhan terlibat dalam pameran itu termasuk Silver Generation Office, NTUC Health, Diabetes.sg dan Digital for Life.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha membangunkan masyarakat kita. Kami harap Pertapis menjadi titik permulaan bagi rakan-rakan kesihatan kami untuk menyentuh komuniti warga emas Melayu Muslim, menjadi jambatan untuk memberikan sokongan yang mereka perlukan,” kata Encik Firdaus.

Pameran itu merangkumi khidmat pemeriksaan gigi, daya penglihatan dan pendengaran, penjagaan warga emas, kencing manis dan sokongan literasi digital. 

Seorang pengunjung, Encik Samsudin Hashim, memuji usaha pertubuhan Melayu/Islam seperti Pertapis membantu warga emas melakukan pemeriksaan kesihatan di Masjid Al-Ansar, yang dikunjungi ramai warga emas.

“Jadi ada peluang, saya berbual dan tanya mereka pemeriksaan yang ada. Macam-macam ada, seperti pemeriksaan mata...” katanya merujuk rerurai di pameran itu.

Encik Samsudin berkata beliau kini tahu kemudahan dan aktiviti yang ada di Heartbeat@Bedok bagi warga emas sepertinya.

Forum ‘Kasih Antara Usia’ pula membincangkan perspektif berbeza mengenai hubungan keluarga dan bagaimana masyarakat Melayu/Islam dapat mencapai titik pertemuan serta memperkukuhkan hubungan antara generasi. Panelis forum itu ialah Ustaz Haron Hasan, Ustazah Nur Hidayah dan Don Jany.

Ia juga membincangkan tentang tanggungjawab ibu bapa dan anak, keletihan penjaga dan isu kekeluargaan yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >