Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan angin sumbang nahas penerjun Red Lions: Eng Hen

Dapatan awal jawatankuasa yang menilai punca kejadian
Sep 15, 2022 | 05:30 AM



PERUBAHAN keadaan angin yang mendadak semasa persembahan terakhir pasukan payung terjun Red Lions menyumbang kepada kemalangan pendaratan di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Demikian menurut penemuan awal oleh jawatankuasa semakan yang bersidang untuk menilai punca kejadian kes itu dan kes-kes lalu yang hampir menyebabkan ia berlaku, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen dalam jawapan bertulis soalan Parlimen kelmarin.



Pegawai Waran Ketiga (3WO) Jeffrey Heng telah menilai bahawa kanopi payung terjunnya "tidak stabil" dan melaksanakan teknik pendaratan payung terjun mengikut protokol sedia ada, tambahnya dalam jawapannya kepada Anggota Parlimen Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang).



"Tindakannya mengurangkan kesan pendaratan kasar, dan hasilnya beliau tidak mengalami cedera parah," kata Dr Ng.



Dalam Perbarisan Hari Kebangsaan bulan lalu, 3WO Heng adalah peserta terakhir daripada 10 ahli payung terjun Red Lions yang mendarat di Pentas Terapung Marina Bay.



Beliau kelihatan tersembam semasa cuba mendarat.



Awal dari ini, Dr Ng berkata penerjun Red Lions itu tidak memerlukan pembedahan menyusuli kejadian.



Namun, beliau memerlukan masa untuk pulih.



Kelmarin, Encik Wee bertanya sama ada pihak kementerian akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula langkah keselamatan dan kriteria.



Ini khususnya bagi keadaan yang sesuai bagi demonstrasi tentera seperti terjun bebas dan pendaratan payung terjun.



Beliau turut bertanya sama ada kementerian pertahanan akan mempertimbangkan untuk mengehadkan latihan tersebut kepada operasi latihan sahaja.



Dalam jawapannya, Dr Ng berkata bahawa kelajuan angin permukaan yang diukur semasa latihan Red Lions dan Perbarisan Hari Kebangsaan berada dalam julat yang boleh diterima yang ditetapkan dalam peraturan keselamatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Jawatankuasa semakan diketuai oleh Pejabat Ketua Inspektor SAF, termasuk pakar bebas di luar SAF dalam terjunan udara dan terjun bebas tentera, tambahnya.



"Saya telah bertanya kepada jawatankuasa mengapa kejadian khusus seperti ini tidak berlaku sebelum ini, kerana perubahan dalam keadaan angin tidak boleh hanya berlaku untuk NDP 2022," katanya.



PARLIMEN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >