Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta Warga Emas susuri zaman silam

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas yang rindu zaman dahulu akan dapat mengembara kembali ke zaman filem hitam putih, pawagam pandu masuk dan kacang putih 5 sen menerusi satu persembahan yang bakal diadakan 25 September ini.



Persembahan Gambar Kegemaran itu, yang menampilkan penyanyi veteran seperti Rahimah Rahim dan Iskandar Ismail, merupakan antara lebih 30 program menarik yang boleh didapati di Pesta Seni Warga Emas.



Pesta tersebut, yang merupakan Anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC), kini kembali untuk edisinya yang ke-10 dan mula berlangsung bulan ini hingga Disember.



Ia bertujuan meraikan warga emas dan cara berbeza mereka boleh menikmati kesenian.



Ia juga menunjukkan bagaimana pendekatan kesenian meningkatkan kesejahteraan warga emas dan orang di sekeliling mereka, menurut NAC dalam kenyataannya.



Bertemakan 'Ketabahan', pesta tahun ini menampilkan persembahan secara 'live', pameran dan bengkel digital yang dianjurkan dengan kerjasama lebih 120 artis, pertubuhan kesenian dan rakan masyarakat.



Festival tahun ini mengetengahkan kepelbagaian artis yang telah menyediakan peluang bagi warga emas untuk menemui potensi kreatif mereka menerusi kegiatan merentas genre seperti kesenian visual, muzik, tarian dan filem.



Warga emas boleh menjangkakan program dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil dan dialek Cina, yang meneroka tema yang relevan bagi warga emas daripada masyarakat berbeza.



Pengarah Kanan Pendekatan dan Penglibatan NAC, Cik Elaine Ng, berkata sambutan bagi pesta itu yang diadakan secara digital buat pertama kali tahun lalu menerima sambutan menggalakkan.



Justeru, dengan edisi hibrid tahun ini, warga emas boleh menikmati kedua-dua program seni dalam talian dan persembahan secara 'live'.



"Kami berharap warga emas akan mengalami bukan sahaja kegembiraan tetapi keterhubungan kerana tawaran yang banyak akan juga menyediakan peluang bagi mereka untuk menjalinkan hubungan bersama rakan dan keluarga mereka sambil menikmati program itu bersama," jelasnya.



Beliau menambah bahawa tema 'ketabahan' itu juga mendapat inspirasi daripada inovasi dan usaha masyarakat seni yang luar biasa serta kekuatan mereka yang tidak goyah sewaktu tempoh ini.



Tahun ini, terdapat sembilan persembahan oleh pelbagai kumpulan seni secara fizikal yang memerlukan tiket.



Dalam pada itu, program tertentu diadakan dalam talian supaya orang ramai boleh menikmati kesenian dan budaya dari mana-mana sahaja.



Program untuk menggalakkan ikatan sosial dalam bentuk pameran akan diadakan secara digital sehingga Disember ini.



Pameran fizikal pula akan diadakan di tiga perpusatakaan awam pada beberapa tarikh.



Warga emas digalak untuk menyertai saluran WhatsApp Silver Arts untuk mendapat maklumat secara tetap mengenai program yang akan datang.



Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam program dalam talian di laman acara National Arts Council Singapore di Facebook.



Tiket untuk semua sembilan program yang diadakan secara fizikal adalah percuma dan boleh didapati menerusi SISTIC.



Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh lungsuri www.nac.gov.sg/silverarts.




ANTARA PROGRAM PESTA SENI WARGA EMAS



Gambar Kegemaran oleh Syawal Kassim dan Band, menampilkan Rahimah Rahim, Iskandar Ismail dan Teeqa RZ



Tarikh: 25 Sep, Sabtu

Waktu: 3 petang

Lokasi: Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC), Dewan serbaguna tingkat 7

Bahasa: Melayu, Inggeris

Pautan mendapat tiket: https://go.gov.sg/sa2021-gambarkegemaran



Adakah Hujan Panas membuat anda ketawa dan menangis? Adakah anda sudah tergila-gilakan P Ramlee ketika itu? Atau mungkin tahun 80an merupakan zaman gila-gila anda dan temu janji anda bersama teman adalah menonton Azura? 50an dan 60an merupakan era keemasan bagi filem-filem Melayu di Singapura, memperkenalkan kita kepada banyak runut bunyi yang indah dan menyentuh hati. Imbas kembali kenangan tersebut bersama Syawal Kassim dan kugirannya; diselang-selikan dengan suara-suara indah Rahimah, Iskandar dan Teeqa RZ; terpesona dengan reka bentuk multimedia oleh Mervin Wong, dan mengembara kembali ke zaman filem hitam putih, pawagam pandu masuk dan kacang putih 5 sen.



Songs In Our Lives oleh Oniatta Effendi, Rahimah Rahim, Iskandar Ismail dan Teeqa RZ



Tarikh: 16 Sep, Khamis

Waktu: 3 petang

Wadah: Facebook

Bahasa: Melayu, Inggeris



Jika anda minat menyanyi, jangan tunggu lagi, bersama Oniatta Effendi mengenali lebih dalam penyanyi terkenal seperti Rahimah Rahim,Iskandar R Ismail dan Teeqa RZ. Ketahui bagaimana rasanya bercita-cita menjadi penyanyi diusia muda pada tahun 70an; bagaimana rasanya menyanyikan Gurindam Jiwa dengan penyanyi asal yang kebetulan juga bapa anda; dan apa yang diperlukan untuk melahirkan single di tengah-tengah musim Covid? Dengarkan artis-artis ini berkongsi kehidupan mereka dan respon mereka terhadap lagu-lagu filem Melayu malar segar dari tahun 1950an hingga 1980an.



Samudera Seni



Tarikh: 2 Oktober

Wadah: Facebook Wisma Geylang Serai

Bahasa: Bahasa Melayu



Sebuah teater audio-visual, Samudera Seni mempersonifikasikan lagu-lagu, syair dan pantun, di selangi dengan elemen-elemen seperti Keris, Seruling, Viola dan Rebana, menjadikan mereka persona dengan kepelbagaian watak.



ACARA YANG SUDAH BERLALU



Keroncong Asmara oleh Wadah Seni Entertainment



- Keroncong Asmara mempersembahkan lagu-lagu Keroncong yang bukan sahaja menusuk kalbu tetapi boleh membuat anda menari. Dengan iringan Orkestra Melayu Singapura dan para penyanyi hebat tanahair, penonton pasti akan menyanyi dan bergoyang dengan variasi irama indah seperti keroncong asli, klasik dan juga gabungan genre seperti pop & jazz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >