Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piawaian nasional baru dalam pembelajaran bimbing warga senja

Aug 11, 2023 | 07:18 PM



Satu piawaian nasional dalam pembelajaran membimbing warga senja di Singapura dan luar negara telah dilancarkan pada Jumaat.

Diberi nama Panduan Geragogi 693 Piawaian Singapura bagi Latihan Pelajar Warga Senja (SS 693), ia menetapkan tanda aras bagi jurulatih dan rakan industri, memperkasa mereka dengan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menarik, inklusif dan berkesan – sedang pembelajaran sepanjang hayat dan kesukarelawanan dipupuk.

Ia dilancarkan berdasarkan kejayaan Panduan Geragogi 2021.

Pelancaran SS 693 berlangsung di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands dan dihadiri Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Semasa pelancaran itu, Encik Ong turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Bagi Usia Ketiga (C3A) dengan tujuh pertubuhan dimeterai.

MOU itu bertujuan mendorong sama kemajuan geragogi.

Pelancaran itu diadakan sempena majlis Penghargaan Rakan C3A.

Geragogi bermakna pengetahuan bagi membimbing warga senja secara berkesan.

Semasa berucap, Encik Ong berkata melindungi kesejahteraan warga senja menjadi keutamaan, dengan aspek paling penting merupakan kesihatan mereka.

“Bagi mereka yang sakit, sistem penjagaan kesihatan kami akan lakukan yang terbaik untuk menjaga mereka.

“Tapi lebih penting lagi bagi mereka yang tidak sakit, meskipun cergas, kita mesti bantu mereka mengekalkan kesihatan selama mungkin,” katanya.

Encik Ong menambah bahawa penentu sosial utama bagi kesihatan yang baik bagi warga senja adalah peluang dan keinginan untuk belajar perkara baru, untuk terus melatih minda mereka, memupuk semangat keajaiban dan berasakan bahawa diri mereka akan berkembang.

“Untuk melakukannya, kita perlu mula bangunkan set kemahiran baru dan pengetahuan – dalam geragogi yang bermaksud pengetahuan kepada mengajar warga senja dengan berkesan,” tambahnya.

Beliau menambah bahawa mengajar golongan dewasa tidak sama dengan mengajar kanak-kanak dan “kita tidak boleh mengajar seorang warga senja seperti cara kita lakukan terhadap golongan muda.”

Panduan geragogi telah dilancarkan oleh C3A pada Mac 2021.

Panduan itu, yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), diterima baik oleh masyarakat latihan setempat dan dikenali di peringkat antarabangsa sebagai sesuatu yang berguna dan difikirkan mendalam.

“Hari ini kami lancarkan panduan itu sebagai piawaian nasional pertama bagi pembelajaran warga senja.

“Dengan perkembangan ini, kami jangkakan peluasan dan pembaikan lebih meluas dalam pelbagai jenis dan kualiti kursus bagi warga senja,” tambah Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >