Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pihak berkuasa siasat limpahan air di Bukit Batok

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa di sini sedang menyiasat satu kejadian tentang bagaimana air daripada longkang di sebuah lereng di Bukit Batok, melimpah keluar ke jalan raya kelmarin.



Mayor Daerah South West, Cik Low Yen Ling berkata dalam kenyataannya di Facebook bahawa kejadian itu berlaku dekat Blok 383 di Goodview Gardens pada sekitar 7 malam.



Cik Low berkata, beliau telah memberitahu pihak berkuasa mengenai kejadian itu, termasuk Lembaga Taman Negara (NParks), agensi air Singapura PUB, polis dan Majlis Bandaran Chua Chu Kang Town, lapor akhbar The Straits Times (ST).



"Kami sangat berterima kasih kerana mereka semua memberi respons yang pantas selepas pemintaan kami dan dalam jangka masa yang pendek mereka dilihat berada di kawasan kejadian itu .



"Meskipun dalam keadaan basah dan berlecak, sebuah batang pokok ditemui di jalan raya itu," tambahnya.



Aliran lalu lintas perlu dialihkan dari Bukit Batok West Avenue 5 dan satu kontraktor NParks telah memindahkan batang pokok itu dalam jangka satu setengah jam.



Cik Low berkata: "Jurutera PUB telah tiba di kawasan itu dan mengesahkan bahawa paip air di situ tidak terjejas. Nparks sendang menyiasat sumber air yang datang daripada lereng itu bersebelahan Taman Bukit Batok Town (pada kelmarin malam)."



Akses ke atas lereng itu telah dikepung bagi keselamatan orang awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >