Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS PUTIH GALAK WARGA LEBIH PROAKTIF JAGA KESIHATAN

Pilih doktor keluarga sama sebab sudah serasi

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



APABILA bacaan gula dalam darahnya tiba-tiba melonjak tahun lalu, Encik Kamali Idris menoleh ke doktor keluarganya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana beliau boleh memperbaiki keadaan tersebut.



Atas galakan doktor keluarganya, Dr Saiful Nizam, yang juga pengarah perubatan MyHealth Medical Centre, beliau dapat menurunkan kembali bacaan gula itu ke paras biasa dalam masa satu bulan sahaja.



Doktor itu, yang merupakan doktor 'pajak' bagi Encik Kamali sejak sekitar 10 tahun lalu, telah menasihatkan beliau agar tekun memakan ubat dan menjaga pemakanannya.



"Memandangkan saya sudah biasa dengan Dr Saiful, saya mudah mendengar dan mengikuti nasihat beliau. Kami senang berkomunikasi dan saya percaya yang beliau ikhlas mahukan saya sihat.



"Apabila bacaan gula dalam darah saya tiba-tiba naik ke 11 pada waktu itu, Dr Saiful beri dorongan dengan berkata tidak mustahil untuk saya turunkan semula paras gula itu," kata Encik Kamali, 60 tahun, yang berjaya menurunkan bacaan gulanya ke lima dengan mengurangkan pengambilan gula dan nasi, selain memakan ubat.



Pesara itu juga mengambil ubat untuk mengawal penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi yang dihidapinya.



Encik Kamali berkata beliau menyokong langkah pemerintah untuk menggalak penduduk memilih dan berdaftar dengan satu doktor keluarga di bawah strategi SG Lebih Sihat apabila ia dilancarkan dalam separuh kedua tahun depan.



Penduduk kemudian akan membangunkan sebuah rancangan kesihatan dengan doktor mereka dan membincangkan bagaimana untuk memperbaiki kesihatan, seperti membuat penyesuaian gaya hidup dan melakukan pemeriksaan serta mendapatkan vaksinasi yang disarankan.



Bagi Encik Kamali, walaupun klinik doktor keluarganya itu terletak di West Coast sedangkan beliau tinggal di Punggol, beliau memilih untuk terus kekal dengan doktor itu kerana sudah serasi dengannya.



"Apabila tiba masa untuk saya pilih doktor keluarga nanti, saya akan memilih Dr Saiful kerana sudah selesa dengannya. Buat masa ini saya melakukan pemeriksaan tiga atau enam bulan sekali dengannya.



"Yang bagusnya ada doktor keluarga tetap ialah mereka dapat mengikuti perkembangan kesihatan kita dan kita pun tidak boleh sembunyi-sembunyi dengan mereka.



"Sebagai contoh, apabila saya ke hospital kerana sukar bernafas dahulu, Dr Saiful tahu tentang masalah saya dan beliau dapat berikan saya nasihat yang bersesuaian," katanya.



Datuk tiga cucu itu bagaimanapun berkata pesakit sendiri perlu mahu membuat perubahan kepada pemakanan dan gaya hidup demi mencapai kesihatan yang lebih baik.



"Doktor boleh bantu kita buat rancangan dan beri pelbagai nasihat, tetapi kita sendiri mesti berusaha dan membuat perubahan.



"Bagi saya, selain menjaga pemakanan, saya juga bersenam dengan turun naik tempat letak kereta bertingkat dekat blok saya. Saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 18 kilogram sejauh ini dan tidak ada lagi masalah sesak nafas," kata Encik Kamali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >