Platform pembelajaran dalam talian NTUC tawar percuma 100 kursus nilai lebih $1j bagi awam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Platform pembelajaran dalam talian NTUC tawar percuma 100 kursus nilai lebih $1j bagi awam

Aug 10, 2020 | 5:30 AM

Platform pembelajaran dalam talian NTUC tawar percuma 100 kursus nilai lebih $1j bagi awam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
242fc08d-07ae-4594-9b27-7bf45ed6a824
-

KURSUS dalam talian bernilai lebih $1 juta kini ditawarkan percuma kepada orang ramai menerusi laman pembelajaran NTUC LearningHub (NTUC LHUB)

Sebanyak 100 kursus ditawarkan kepada orang ramai secara percuma selama enam bulan.

Anggota Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berpeluang mengikuti 200 kursus secara percuma, kata cabang pendidikan di bawah pergerakan buruh itu.

Tawaran itu dibuat sempena meraikan ulang tahun ke-55 Singapura, kata NTUC LHUB, yang turut melancarkan laman baru LHUB Go minggu lalu.

Dalam kenyataannya, NTUC LHUB berkata tawaran lebih awal bagi kursus percuma pada April 2020 - di tengah-tengah tempoh pemutus litar - telah mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Lebih 88,000 membuat pendaftaran dan menjalani lebih 23 juta minit pembelajaran dalam talian.

Kededua tawaran kursus percuma itu diadakan dengan kerjasama Go1.com.

Menurut NTUC LHUB, ia akan terus menyediakan kursus dalam talian percuma sehingga 7 Februari 2021, menerusi laman Learn100.

Anggota NTUC boleh mengikuti lagi 100 kursus tambahan menerusi wadah Learn200.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC LHUB, Encik Kwek Kok Kwong, berkata:

"Kami berasa terdorong dengan bilangan tinggi yang mendaftar bagi kursus dan menggunakan platform bagi kursus dalam talian percuma yang dilancarkan semasa tempoh pemutus litar.

"Saya ingin menggalak pelajar yang sedang mengikuti kursus untuk menambah pembelajaran dan bagi pelajar baru untuk ikut serta dan merebut peluang memahirkan diri atau mencuba subjek baru menerusi platform ini," kata Encik Kwek.

Menurut NTUC LHUB, antara kursus yang mendapat sambutan ramai ialah kursus mengenai Kemahiran Perhubungan, Pemasaran Digital dan Analitik Data.

Kursus yang ditawarkan menerusi Learn200 pula membolehkan pelajar menggunakan rangkaian kursus percuma bagi kemahiran dalam permintaan serta yang dikehendaki majikan, seperti dalam kepimpinan dan analitik data.

Menurut pengasas Go1, Encik Vu Tran, ia ingin membantu individu dan pertubuhan dalam perjalanan pembelajaran sepanjang hayat dan bangga kerana dapat bekerjasama dengan NTUC LHUB bagi tujuan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg