Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

PM Lee bantu sedia iftar di Al-Islah

Jun 28, 2016 | 05:30 AM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong (kiri) dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim (tengah, berbaju putih), membantu menyiapkan hidangan bubur masjid bagi iftar di Masjid Al-Islah semalam.

Turut hadir ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Sun Xueling (berselendang putih).

Mereka menyertai majlis berbuka puasa di Masjid Al-Islah di Punggol malam tadi.

Sebelum sesi iftar, Encik Lee dan juga Dr Yaacob yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber dibawa meninjau bangunan masjid yang berusia setahun itu.

Mereka diberi penerangan tentang ciri reka bentuk masjid termasuk mihrab, kubah dan taman bumbungnya.

Berita Popular

Encik Lee turut menemui sukarelawan masjid seperti kumpulan Muslimah dan warga Bangladesh yang tinggal di asrama pekerja asing berdekatan masjid tersebut.

Sekitar 300 orang hadir di majlis itu.

Berita lanjut: Yaacob: Masjid papar sikap inklusif dalam Ramadan

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map