Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SURAT PERDANA MENTERI KEPADA DPM HENG

PM Lee faham, hormati keputusan DPM Heng

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



TERIMA kasih atas kiriman surat untuk memaklumkan kepada saya mengenai keputusan anda mahu mengundurkan diri sebagai ketua pasukan Menteri 4G.



Saya memahami dan menghormati keputusan anda.



Kita telah membincangkan hal ini, dan saya gembira anda telah bersetuju mahu kekal di dalam Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



Kita juga bersetuju anda akan melepaskan jawatan Kewangan dalam rombakan Kabinet akan datang, seperti yang telah dirancang sebelum ini.



Anda telah melaksanakan tugas sebagai Menteri Kewangan dengan cemerlang, terutama sepanjang tahun lalu dalam keadaan yang begitu mencabar ekoran pandemik Covid-19.



Dalam tempoh 12 bulan, anda telah membentangkan, buat julung-julung kali, lima Belanjawan yang telah menyokong warga Singapura dan keluarga mereka, membantu perniagaan menakat dan memastikan keselamatan semua.



Sememangnya, dalam lima tahun anda menyandang jawatan Menteri Kewangan, anda telah membentangkan rekod 10 Belanjawan.



Apabila saya meminta anda memegang portfolio kewangan pada 2015, kita berdua tahu anda memiliki tugas yang sukar.



Sebelum Covid-19 menular, Singapura telah pun sampai ke persimpangan.



Kita perlu mengatasi cabaran fiskal sambil memperkukuh jaringan keselamatan sosial, dan melakukan transformasi ekonomi di tengah-tengah gangguan global yang besar.



Anda tidak teragak-agak memikul cabaran ini, memberikan jiwa dan raga anda kepada tugas yang diberikan.



Kerja anda sebagai pengerusi-bersama Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan, dan sebagai pengerusi Majlis Ekonomi Masa Depan, akan membantu pekerja kita mendapatkan kemahiran dan keupayaan baru, selain membangunkan industri dan sektor baru untuk masa depan.



Saya mengalu-alukan kerja yang akan anda teruskan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, dan merintis jalan bagi Singapura untuk bangkit lebuh kukuh dari Covid-19.



Ini sesuai dengan peranan anda sebagai Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional, yang mana di bawah bimbingan anda kita telah mencapai kemajuan bertahap dalam membangunkan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan.



Sebelum anda memegang jawatan Kewangan, anda menerajui Kementerian Pendidikan selama lima tahun cemerlang.



Di sana, visi inklusif anda bahawa setiap sekolah adalah sekolah yang cemerlang memberi inspirasi kepada kededua pendidik dan pelajar.



Anda menyarankan agar pendanaan pemerintah bagi pendidikan universiti dinaikkan kepada 40 peratus bagi setiap kohort. Ia dilulus Kabinet.



Ini merintis jalan bagi kami mencipta dua universiti baru - Institut Teknologi Singapura dan Universiti Sains Sosial Singapura.



Anda juga telah mengambil langkah berani untuk meluaskan definasi kejayaan, yang membuka laluan kepada pembentukan program SkillFuture nasional.



Kepercayaan anda kepada pembangunan menyeluruh untuk golongan muda kita telah mendorong anda meletakkan penekanan kepada nilai dan kewibawaan.



Hasilnya ialah sistem pendidikan yang bukan hanya mempersiap golongan muda mengakses pekerjaan yang baik, malah membangunkan warga yang jujur dan berjiwa masyarakat.



Melebihi tanggungjawab portfolio anda, saya yakin anda akan terus menyumbang secara aktif kepada perbincangan Kabinet, dan kepada kerja yang dilaksanakan parti.



Saya mengucapkan terima kasih kepada keputusan anda yang tidak mementingkan diri sendiri untuk mengundur diri.



Langkah anda ini sejajar dengan semangat khidmat awam dan sikap tanggungjawab yang telah menjadi motivasi untuk anda melangkah ke depan semasa saya meminta anda bertanding dalam pilihan raya pada 2011.



Bersama-sama dengan Menteri Kanan yang lain, anda akan membantu saya menjadi mentor kepada Menteri lebih muda, sedang pasukan ini berkembang dan mengenalpasti dalam kalangan mereka seorang lagi ketua, supaya peralihan kepimpinan dapat dilakukan secara licin dan tepat pada masanya.



Dengan bekerjasama rapat, kita akan mengemudi Singapura mengharungi krisis kesihatan dan ekonomi ini, dan menjamin masa depan kita untuk tahun-tahun mendatang.




"Bersama-sama dengan Menteri Kanan yang lain, anda akan membantu saya menjadi mentor kepada Menteri lebih muda, sedang pasukan ini berkembang dan mengenalpasti dalam kalangan mereka seorang lagi ketua, supaya peralihan kepimpinan dapat dilakukan secara licin dan tepat pada masanya. Dengan bekerjasama rapat, kita akan mengemudi Singapura mengharungi krisis kesihatan dan ekonomi ini, dan menjamin masa depan kita untuk tahun-tahun mendatang."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >