Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

PM Lee: Galakkan penghuni flat sewa miliki rumah sendiri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PM Lee: Galakkan penghuni flat sewa miliki rumah sendiri

Aug 29, 2021 | 06:56 PM

KADAR orang Melayu yang tinggal di flat sewa semakin meningkat, salah satu daripada trend membimbangkan yang dilaporkan dalam Banci Penduduk 2020, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Antara sebab ialah sebahagian pasangan muda yang berkahwin ingin berdikari sebelum mereka bersedia untuk membeli flat. Ini tidak begitu membimbangkan.

"Tetapi ada juga yang mengalami perubahan mendadak dalam keadaan keluarga atau kewangan mereka. Ada pula yang menghadapi cabaran cabaran rumit hingga sukar untuk merancang bagi masa depan mereka," kata Encik Lee dalam ucapan Bahasa Melayunya semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (29 Ogos).

Beliau menekankan bahawa memiliki flat HDB sendiri bukan setakat mempunyai tempat berteduh, tetapi juga membantu warga membina masa depan yang lebih cerah.

"Kita mesti galakkan keluarga-keluarga di flat sewa memantapkan pendapatan, agar mereka boleh memiliki rumah sendiri dan maju seiring dengan masyarakat," ujar beliau.

Encik Lee berkata, beberapa usaha di peringkat masyarakat, misalnya DIAN@M³ bakal membantu lebih banyak keluarga Melayu/ Islam untuk memanfaatkan program sokongan Pemerintah dan menjadi pemilik rumah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3