Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kapal selam buatan Jerman tingkat upaya Angkatan Laut S'pura

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



KAPAL selam baru Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Illustrious dan Impeccable, yang dilancarkan kelmarin adalah yang kedua dan ketiga daripada empat kapal selam kelas Invincible buatan Jerman yang direka khas untuk RSN.



Menyatakan demikian dalam satu kiriman Facebook semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata kapal selam itu akan membawa keupayaan moden dan maju kepada Angkatan Laut Singapura.



"Singapura adalah sebuah negara maritim.



"RSN mempunyai misi penting untuk memastikan Talian Komunikasi Laut kami terbuka.



"Jurutera dan saintis pertahanan kami telah bekerjasama rapat dengan tkMS (Thyssenkrupp Marine Systems) berhubung reka bentuk dan sistem untuk memenuhi keperluan kami," kata Encik Lee.



Kapal selam baru Jenis 218SG yang pertama dan dinamakan Invincible telah dilancarkan pada awal 2019 oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



Kapal selam keempat yang dinamakan Inimitable masih dibina.



Dalam kiriman Facebook itu, Encik Lee berkata beliau gembira berada di pelancaran dua kapal selam itu di limbungan kapal Thyssenkrupp Marine Systems (TKMS) di Kiel, sekitar 90 kilometer dari Hamburg, di utara Jerman.



Turut hadir di acara itu ialah Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz.



Encik Lee berkata beliau gembira Encik Scholz dapat menyertai pelancaran itu, mencerminkan persahabatan antara Singapura dengan Jerman serta kekuatan dan hubungan pertahanan yang mendalam antara kedua-dua negara.



Encik Lee kemudian ke Brussels untuk menghadiri sidang puncak peringatan Asean-Kesatuan Eropah (EU).



Encik Lee diiringi oleh isterinya, Cik Ho Ching; Dr Ng, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Turut serta adalah para pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pertahanan (Mindef) dan RSN.



Laporan lanjut: S'pura, Jerman bincang kerjasama strategik tangani cabaran global




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >