Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Pemerintah akan bantu warga S’pura hadapi tempoh sukar

Feb 14, 2023 | 08:53 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata pemerintah akan membantu warga Singapura menghadapi tempoh yang sukar dan Belanjawan 2023 menawarkan peningkatan bagi menangani kesan terhadap perniagaan, isi rumah dan individu, terutama golongan berpendapatan rendah.


Dalam Belanjawan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong pada Selasa, beliau membentangkan bantuan tambahan bagi membantu warga menangani kesan kenaikan inflasi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Selain itu, PM Lee berkata Belanjawan ini juga melakarkan bagaimana negara ini dapat ‘Melangkah Ke Hadapan Dalam Era Baru’ setelah negara ini bangkit lebih kukuh dari Covid-19.


“Ekonomi telah pulih ke paras prapandemik. Kita jangkakan pertumbuhan positif tetapi lebih perlahan pada 2023. Namun, kedudukan fiskal kekal ketat, dan kita menghadapi ketidaktentuan utama termasuk inflasi dan cabaran geopolitik,’’ jelas PM Lee, dalam catatannya di Facebook pada Isnin.


Pada 2023, pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura adalah antara 0.5 dengan 2.5 peratus.

Ini setelah ia tumbuh sebanyak 3.6 peratus pada 2022, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Isnin.


“Generasi demi generasi telah bekerja keras dan berkorban untuk membawa Singapura ke hadapan. Adalah menjadi tanggungjawab generasi kita untuk mengekalkan perkara ini, berfikir dan merancang untuk generasi mendatang, dan memastikan Singapura berkembang maju.



"Kita telah menghadapi banyak masa sukar sebelum ini. Selagi kita terus membina masa depan, merebut peluang baru, dan menjadi lebih berdaya tahan sebagai satu rakyat yang bersatu, kita boleh bergerak ke hadapan dengan yakin dalam era baru,’’ tambah PM Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >